Friday, 1 March 2013

Praktikal

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

1) Lama tak update sebab tiada yang bernas dan menarik
2) Kekangan masa dek kerana praktikal
3) Malas. :D
4) Banyak betul alasan ko kan cik Miss Stone ;)

Oklah, Alhamdulillah dah 2 minggu hamba menjalani latihan praktikal. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan. Tapi sejujurnya, rasa rindu sangat masa belajar. Bukan tempat praktikal tak best tapi sebab zaman belajar adalah pada saya zaman memang sangat best.

Belajar

1) Jadual kadangII pack, kadangII free sepanjang masa :D
2) Walaupun banyak 'assignment' rasa seronok nak buat.
3) Walaupun stress ada 'test' atau 'final' rasa gembira bila dah berjaya habiskan. Keputusannya lain cerita. Tawakal bila dah hantar 'paper'.
4) Boleh download movie banyakII kat UMP sharing. hoho
5) Ada ramai kawan boleh lepakII kayuh basikal takpun joging
6) Rindu dengan tanaman bendi :'(
7) Ada roomate yang pelbagai ragam
8) Selalu dengar azan dari bilik.
9) Macam-macam tak terkata

Kerja

1) Jadual memang pack dari hari Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan ahad je cuti
2) Tak ada test, final mahupun quiz. Tapi segala apa yang kita buat masa kerja macam kuiz, final, test on the spot. Dush!
3) Stress bila kerja banyak tapi stress juga bila tiada kerja. P/s: Tapi stressII, banyak-banyak selawat dan senyum. :)
4) Tak dapat dah nak download kat UMP sharing. p/s: Cerita kat TV sekarang bosan banyak lagha.
5) Kawan-kawan masa kat tempat kerja je.
6) Tiada tanaman sekarang ni. =,=
7) Roomate takde, adik ada. Awesome! Pagi2 hantar adik pergi sekolah.
8) Laungan azan kedengaran sayup-sayup
9) Macam-macam juga. hoho

Sebenarnya banyak lagi tetapi tak dapatla nak dihabiskan. Bila dah masuk praktikal ni kiranya macam persediaan nak kerja. Bergaul dengan orang yang lebih dewasa. Banyak pengalaman dan nasihat yang diperolehi.

-Kerja buat kena ikhlas. Kena marah atau stress itu biasa. 
-Better kerja dahulu setahun dua ambil pengalaman baru sambung belajar
-Sambung  belajar terus sebab nanti senang
-Kalau tak tahu, banyakkan bertanya dan jangan sombong
-Hormat menghormati antara satu sama lain
-Senyum supaya minda positif berlegar maka prestasi kerja meningkat
-Solat awal waktu
-pelbagai lagi

Tempat praktikal ku di Sirim. Alhamdulillah staf-staf di sana sangat peramah, suka senyum itulah semua di sana awet muda, hardworking sebabnya ada shift kerja terutamanya bahagian bioproses sebab nya deal dengan penyelidikan jadi banyak kena pantau, inovasi tinggi, kreatif dan pelbagai lagi.

Banyak pengalaman untuk mematangkan diri ini. Bukan sahaja dapat mempelajari ilmu teori, manual tetapi tentang kehidupan. Cara pemikiran mereka yang lebih dewasa berbeza jadi kita yang masih baru ini, boleh dapat banyak nasihat dan iktibar. Orang selalu kata belajar daripada pengalaman. 

Kadang-kadang tak perlu pun pengalaman diri sendiri tetapi boleh dapat iktibar atas pengalaman orang lain.

Banyak dipelajari dan diamati

Semoga segalanya dipermudahkan

Salam Sayang.


Saturday, 16 February 2013

:)

Assalamualaikum

Kenangan

Setiap kali mata terpandang paparan skrin
Setiap kali itu fikiran menerawang mengingati masa dahulu
Apa perasaan yang tak pernah tergambar
ada suka
ada duka
mungkin juga berkecil hati
Tetapi sungguh! bukan itu yang dipinta
Mungkin hanya sedikit cebisan kenangan dahulu

Rasa

Rasa itu manis sekali
Ukhwah itu amat erat sekali
Saat tangan bersalam
Sama berdakap
Mengucap salam perpisahan
dan aku..mungkin tak berupaya menunjukkan sebarang reaksi, tetapi.
ketahuilah...
Kau sahabat teman dan rakan yang dirindui

Dugaan

Mana mungkin setiap manusia terlepas daripada ujian
Ujian itulah yang membuat aku menjadi aku...
*aku...
Makin diduga makin sebenarnya mempamer sikap sebenar
Matang ataupun tidak
Cukup dengan sebuah erti pemahaman dan pengertian
Diduga mengikut keupayaan kita
Allah Maha Mengetahui jauh mana kemampuan setiap hambaNYA

Harapan

Semoga sentiasa menjadi hambaNYA yang solehah, beriman dan taat akan perintahNYA..
Umat Rasulullah yang sentiasa berzikir dan mengingati ya Rasulullah..
Menjadi anak solehah dan menolong kedua ibu bapa dan keluarga
Kakak yang menjadi contoh terbaik buat adik-adik
Cucu yang baik hati pada neneknya
Sahabat, teman, kawan dan rakan yang sentiasa di hati rakan-rakannya

Yang mana bila suatu hari nanti bila tiada, orang akan mengingati selalu dalam setiap doa....

Sekian. Assalamualaikum

Friday, 1 February 2013

Buraq

Assalamualaikum,

Lama tak tulis dalam ruangan blog... :) Ini pun 'update' atas permintaan cik Farhain... Nanti kalau dah betulII ada idea, nak update tentang FYP...

Ini tentang buraq, nak share dengan cik Farhain. Al maklumlah, masingII dah duduk dengan family, jauh... nak bercerita pun susah.. Tiada lagi usik-mengusik, sakat-menyakat.


p/s: Takde rezeki dapat warna ungu... ;)


Tak minat pun barney, tapi sebab ianya warna ungu, grab aje. :D


Ulat hijau... =.=

p/s: Nah! saya dah bagi tengok buraq... Nanti ada rezeki, kita jalan sama-sama k. Round area Taman Botani Putrajaya pun cool kan? :)


Take care!!