Bismillahirrahmanirrahim...
1) Lama tak update sebab tiada yang bernas dan menarik
2) Kekangan masa dek kerana praktikal
3) Malas. :D
4) Banyak betul alasan ko kan cik Miss Stone ;)
Oklah, Alhamdulillah dah 2 minggu hamba menjalani latihan praktikal. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan. Tapi sejujurnya, rasa rindu sangat masa belajar. Bukan tempat praktikal tak best tapi sebab zaman belajar adalah pada saya zaman memang sangat best.
Belajar
1) Jadual kadangII pack, kadangII free sepanjang masa :D
2) Walaupun banyak 'assignment' rasa seronok nak buat.
3) Walaupun stress ada 'test' atau 'final' rasa gembira bila dah berjaya habiskan. Keputusannya lain cerita. Tawakal bila dah hantar 'paper'.
4) Boleh download movie banyakII kat UMP sharing. hoho
5) Ada ramai kawan boleh lepakII kayuh basikal takpun joging
6) Rindu dengan tanaman bendi :'(
7) Ada roomate yang pelbagai ragam
8) Selalu dengar azan dari bilik.
9) Macam-macam tak terkata
Kerja
1) Jadual memang pack dari hari Isnin sampai Jumaat. Sabtu dan ahad je cuti
2) Tak ada test, final mahupun quiz. Tapi segala apa yang kita buat masa kerja macam kuiz, final, test on the spot. Dush!
3) Stress bila kerja banyak tapi stress juga bila tiada kerja. P/s: Tapi stressII, banyak-banyak selawat dan senyum. :)
4) Tak dapat dah nak download kat UMP sharing. p/s: Cerita kat TV sekarang bosan banyak lagha.
5) Kawan-kawan masa kat tempat kerja je.
6) Tiada tanaman sekarang ni. =,=
7) Roomate takde, adik ada. Awesome! Pagi2 hantar adik pergi sekolah.
8) Laungan azan kedengaran sayup-sayup
9) Macam-macam juga. hoho
Sebenarnya banyak lagi tetapi tak dapatla nak dihabiskan. Bila dah masuk praktikal ni kiranya macam persediaan nak kerja. Bergaul dengan orang yang lebih dewasa. Banyak pengalaman dan nasihat yang diperolehi.
-Kerja buat kena ikhlas. Kena marah atau stress itu biasa.
-Better kerja dahulu setahun dua ambil pengalaman baru sambung belajar
-Sambung belajar terus sebab nanti senang
-Kalau tak tahu, banyakkan bertanya dan jangan sombong
-Hormat menghormati antara satu sama lain
-Senyum supaya minda positif berlegar maka prestasi kerja meningkat
-Solat awal waktu
-pelbagai lagi
Tempat praktikal ku di Sirim. Alhamdulillah staf-staf di sana sangat peramah, suka senyum itulah semua di sana awet muda, hardworking sebabnya ada shift kerja terutamanya bahagian bioproses sebab nya deal dengan penyelidikan jadi banyak kena pantau, inovasi tinggi, kreatif dan pelbagai lagi.
Banyak pengalaman untuk mematangkan diri ini. Bukan sahaja dapat mempelajari ilmu teori, manual tetapi tentang kehidupan. Cara pemikiran mereka yang lebih dewasa berbeza jadi kita yang masih baru ini, boleh dapat banyak nasihat dan iktibar. Orang selalu kata belajar daripada pengalaman.
Kadang-kadang tak perlu pun pengalaman diri sendiri tetapi boleh dapat iktibar atas pengalaman orang lain.
Banyak dipelajari dan diamati
Semoga segalanya dipermudahkan
Salam Sayang.
No comments:
Post a Comment