Friday, 30 November 2012

Ukhuwah Fillah

Assalamualaikum

Ada beza, antara seorang kawan,
yang kita tahu mengenai dia,
dengan seorang sahabat,
yang kita mengenalinya,
dan sentiasa bersamanya,
baik susah mahupun senang.
Hati budinya dan peribadinya,
sudah kita masak dan faham sungguh.

Ada bezanya yang kita hanya tahu nama nya tanpa kita tahu siapakah dia sebenarnya
kadang-kadang apa yang tersurat itu tak menggambarkan apa yang tersirat.

indahnya persahabatan itu seandainya disulam dengan rasa cinta kerana Allah. Kerana pastinya kita berusaha untuk menjaga ikatan tersebut. Diikat dengan tali akidah. Dasar persahabatan itu kerana Allah kerana antara salah satu berkat ialah orang yang menyambung tali persaudaraan bersama mukmin. Subhanallah!

Siapa yang suka untuk dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya hendaklah ia menyambung silaturrahim.


Hendak dicari teman senang dan gembira...
itu banyak..

Hendak diminta teman sedih dan tatkala ditimpa kesusahan...
itu umpama mencari seurat rambut di dalam beras.

Halus dan sangat teliti.

Beruntung bagi mereka yang menghulurkan salam persahabatan dan salam itu disambut dengan penuh keikhlasan dan dikukuhi dengan baja keimanan.
Bukan mudah mencari sahabat yang betul-betul sahabat.

Yang dapat mengingatkan kita saat terleka.
Yang dapat menenangkan saat berduka.
Yang sentiasa memberi motivasi saat rebah.
Yang memahami dan mengerti.

Tapi perlu ingat, sebaik-baik pengaduan hanya pada Allah.

kadang-kadang Allah hantarkan kita insan yang mulia untuk memberi kita semangat kerana Allah menjanjikan pada sesiapa yang mengasihiKU, akan diberikan insan yang mengasihiKU juga. MasyaAllah.
Bermaksud, sekiranya kita menyematkan dalam hati pada Allah kecintaan itu. Pasti malaikat akan memberi tahu seluruh alam bahawa insan ini patut dicintai dan dikasihi kerana cintanya pada Allah sangat tinggi..

Subhanallah.

bukan mudah tetapi bukan juga mustahil.

Usaha itu penting kerana Allah sentiasa menggesa manusia agar berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian barulah tawakal.

Tawakal tanpa usaha ibarat hanya omong kosong. Ada cawan, tetapi tiada airnya.

ada air, tetapi tidak mahu berusaha menuangnya untuk meminumnya..
:)

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka" (Surah Ar-Rad:11)

Dan ukhuwah fillah itu,
sejenis madu,
yang hanya yang merasa,
dapat merasai.
Dan yang menyuap,
dapat disuap kembali.

sesiapa yang memulakan salam 'Assalamualaikum' ada mukmin lain, dia adalah tergolong dalam kalangan mereka yang mempunyao hati jihad dan berjiwa besar. :')

Adakah ku seperti itu?

mungkin belum cukup lagi...

akan cuba dan terus mencuba

Untuk istiqamah itu bukan mudah tetapi bukan mustahil

mujahadah itu kadang terasa pahit sekali..
kerana

nikmat syurga itu sangat manis.

baru terasa kan? (^_^)


Allah Ghayatuna.
Ar-Rasul Qudwatuna.
Al-Qur'an Dusturuna.
Al-jihad Sabiluna.
Al-mautu Fi Sabilillah Asma Amanina.


Allah adalah matlamat kami.
Rasululllah adalah ikutan kami.
al-Quran adalah perlembagaan kami.
Jihad adalah jalan juang kami.
dan mati syahid di jalan Allah adalah cita-cita kami yang tinggi.

Ini bukan sebab apa..liriknya sangat indah. team nasyid Saff-One pun ada nyanyi lagu ni.
~Allahu Ghayatuna~

berikanku semangat untuk berjuang. Jihad diri itu yang susah.

salah silap harap dimaafi...

Saturday, 24 November 2012

#Photo#


Bahagia itu tidak selalunya datang bila hidup dalam kemewahan, tetapi bahagia itu datang daripada hati yang merasa bahagia dan bersyukur atas segala nikmat kurniaan Allah


Dunia... ibarat air laut. Disiram hanya menambah haus. 
Nafsu...Bagaikan fatamorgana di padang pasir.
Amatlah rugi mereka yang tidak perbuat amal dan kebaikan di dunia untuk memperolehi saham di akhirat.


La Tahzan, innallaha ma'ana.

May Allah ease. 


Friday, 23 November 2012

Gaza with love

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim

Pertama-pertama sekali saya menyeru diri saya sendiri terutamanya dan rakan-rakan agar menadah tangan dan berdoa pada Allah supaya saudara-saudara Islam kita di Gaza, Palestin dan Rohingya diberikan kebebasan daripada kekejaman Zionis.

 

Palestin...

bukan milik rakyat rakyat Palestin sahaja,
tetapi..
milik semua rakyat Islam...
terutamanya kawasan Masjidil Aqsa... merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam.. tempat di mana Rasulullah S.A.W diangkat bagi peristiwa Isra' Mikraj...

Jangan pernah putus berdoa dan berdoa untuk saudara-saudara muslim kita


kerana doa itu bertali arus 
andai tidak dapat membantu dari segi kewangan atau tenaga, maka... 
doa adalah satu-satunya cara...
jangan pernah berputus asa untuk berdoa
kerana kekuatan mukmin Islam ialah berdoa..
sepenuh-penuhnya pengharapan pada Allah

Allah Allah Allah

satu cara lagi memboikot barangan Zionis. Walaupun mungkin tampak macam usaha ini tiada apa, tetapi sebenarnya kalau semuanya berganding bahu memboikot barangan mereka, sudah tentu ekonomi mereka tergugat.

salah satu punca kelemahan musuh adalah serangan pada ekonomi mereka.
Kerana mereka akan kuat pabila ekonomi mereka kuat.
Dapatlah mereka membeli sebutir peluru. kan?
Jadi apa tanggungjawab kita sebagai Muslim?
boikot barangan mereka. Banyak lagi pilihan...
contohnya McD.. 

beli satu makanan di McD menyumbangkan sebutir peluru..
(T__T)

sayu dah syahdu tatkala melihat penderitaan anak-anak kecil ditinggalkan ibubapa lantaran syahid
Allahurabbi!

Tatkala melihat kelas yang tidak meriah dengan suara dan tawa pelajar lantaran mati ditembak. MasyaAllah

Allah tak tanya berapa orang Zionis yang kita bunuh, tetapi nanti....
kita akan ditanya..apa usaha yang kita perbuat untuk membantu saudara Islam kita?

Facebook. Walaupun ianya diasaskan oleh penganut Yahudi.. 
Jadi, peranan kita adalah menggunakan medium ini dengan manhaj yang sebenar-benarnya.
Dakwah. Tarbiyah. Perkongsian.
Menyerbarkan ilmu yang sahih...

daripada facebook kita lebih mudah mengikuti perkembangan semasa. Jadi, gunakan secara berhikmah. 
Mutsaqqafal fikri...berpengetahuan luas..

jadi gunakan medium itu untuk menunjukkan kita sebagai Umat Islam bersatu padu dan prihatin akan nasib saudara seIslam di sana..

Ku..masih di sini. Leka dengan nikmat dunia. 
Mata tertancap pada kemewahan dunia yang ku tahu itu satu persinggahan dan sementara.
Sementara..
Dunia ini hanya ladang tempat ku menuai bagi kehidupan ku di akhirat kelak
Insaf. Insaf. Insaf.

Saat ku bersuka di sini,
ada insan berduka di sana.
Saat ku mampu menuntut ilmu dengan aman,
ada insan di sana yang mempertaruhkan nyawa.
Saat ku cukup makan minum pakaian,
ada insan yang di sana sibuk memikirkan strategi perang.
Saat ku di sini leka dan alpa,
ada insan di sana yang sanggup berjihad dan berjuang kerana agama Islam tercinta

Allah Allah Allah..
Jauhi lah ku daripada terleka dan alpa akan nikmat duniawi
jauhkan daripada dikaburi nafsu yang umpama fatamorgana

Jiwa itu suci dan luhur pada asalnya kelahiran
Jangan dikotori dengan noda-noda hitam

dan ku..entah bila ajal kan menjelang..
hanya amal dan ilmu bermanfaat sebagai bekal.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada semua Umat Islam bersatu padu menentang kekejaman mereka yang zalim...

~ambil iktibar~
jangan hanya pandang dengar dan berlalu pergi

Kadang-kadang apa yang ditunjukkan kepada kita sebagai satu peringatan buat kita yang leka dan sebagai satu cara agar semua umat Islam bersatu padu..

Allahurabbi :')


Ya Allah, 
walaupun ku tidak mampu berjihad dan berjuang di medan perang,
ku mohon kekuatan perjuangan di medan pena, jihad hati...
agar ku mampu menjadi muslimah Islam terbilang

Mujahadah itu pahit kerana sesungguhnya Syurga itu Manis sekali..

Susah-susah dahulu, nanti senang-senang kemudian...

dan ku bukanlah orang yang baik dan sempurna sekali. Tetapi ku berusaha ke arah itu,
menjadi lebih lebih baik.

Mardhatillah...

Hayati video ini.. 


Alhamdulillah atas nikmat yang ada. Perlu disyukuri. Nikmat yang tiada itu jangan dirisaukan. 
Allah knows better than us..
(^__^)

Assalamualaikum

Tuesday, 20 November 2012

Sendiri Menyepi


Ianya tak terungkai dengan kata
hanya hati mampu memahami
resah ini tidak mampu digalasi
beban ini tidak mampu ku tanggungi
kadang ku mencari asbab diri ini hampa
detik itu meluahkan rasa sepi dalam diri
tetapi tanpa ku sedari asbab ku diciptakan 
di dunia ini....
tidak lain tidak bukan supaya ku menyerahkan segala cita ku, hidupku, ibadahku dan matiku hanya pada Allah
ALLAH...ALLAH...ALLAH
Lantas itu hati membisikkan kata hikmah
pastinya semua yang terjadi itu ada hemahnya, ada hikmahnya
ku di sini bukan kerana apa ku di sini
tetapi ku di sini dengan apa yang ku ada ini adalah anugerah daripada Allah

Tangisan menyesali diri
resah itu kerana mengenang diri yang terkadang tanpa sedar alpa dan leka dengan nikmat yang dikecapi
istighfar

Perlahan ku bangun, walaupun kadang jatuh dan jatuh terduduk
Mungkin selama ini ada yang tersalah dan terleka
Allah berikan peluang untuk ku menyesali apa yang terjadi
Kerana ku tidak mahu resah itu membelenggu diri

Ya Allah,
ku merasa sendiri andai tanpa cahayaMU
cahaya itu ku cari
akan ku cari...

Resah itu tiada bertepi seandainya cahayaMU tidak ku perolehi

Selagi nyawa dikandung badan, selagi itu masih mempunyai ruang dan peluang memperbaiki diri. 
in shaa Allah.

Ingatlah wahai diri...

Sampai suatu saat dan ketika nanti, 
kaki dan tangan terkaku
mulut itu terkunci tanpa bicara
telinga itu tidak lagi mampu mendengar 
mata itu terkabur tidak mampu mengamati


Innalillahiwainnailahirojiun..

Daripada Allah kita datang, kepadanya juga kita kembali....
kata tersebut bukan sahaja terhad apabila mendengar kematian, tetapi pada musibah yang menimpa atau kesusahan supaya dalam diri timbul kesedaran..apa juga yang berlaku semuanya akan kembali pada Allah.

Jangan pernah menyesali apa yang terjadi sebaliknya cuba menghidupkan diri dengan kalam dan bisikan cinta pada Allah..

sweet kan?

Kadang-kadang apa yang kita inginkan...kita tidak dapat tetapi kita dapat yang lebih baik kerana hanya Allah tahu apa yang kita mampu dan layak... 

bergembiralah kamu seandainya apa yang kamu hajati tidak perolehi kerana Allah pasti merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk dirimu...


untuk kamu:

Allah mengetahui resah dan gelisahmu
apa di fikiranmu
penatnya kamu
jadi jangan berhenti berharap dan meminta pada Allah
jangan mudah berputus asa

Ujian itu untuk menilai keimanan kamu
bagaimana kamu mengendalikannya
seandainya kamu berjaya mengendalikan nya dengan baik sekali, pasti kamu 
tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. In shaa Allah

Jangan pernah merasa sendiri kerana Allah kan ada..
saya pun ada 

Mukmin yang kuat adalah mereka yang tidak cepat putus asa? 

Chill (^__^)



benar kadang-kadang kita harap segala masalah itu lenyap pabila kita bangun daripada tidur
malangnya ianya tidak semudah yang disangka...
kadang kita mengharap masalah itu pergi jauh seperti belon yang ditiup akan terbang pergi dan pergi ditiup angin kencang
dan kadang-kadang kita mengimpikan seperti burung yang terbang bebas di langit membiru..

Tetapi sebenarnya tanpa kamu sangka, burung itu sebenarnya terkadang dalam ketakutan pabila ada halangan..

setiap daripada kita pasti diuji..
yang berbezanya, cara ujian itu diterima.. 
dalam bentuk bagaimana..


bersabar bersabar bersabar

fighting!!

assalamualaikum




Friday, 16 November 2012

Ujian Hidup

Assalamualaikum W.B.T


Bismillahirrahmanirrahim~



Ini saya nak kongsi satu lirik yang sangat indah dihayati bagi diri saya sendiri saat saya berdepan dengan ujian dalam kehidupan. Apalah sangat nak dibandingkan ujian yang saya terima ini dengan ujian yang umat-umat terdahulu hadapi. Ujian yang saya hadapi ini tersangatlah kecil berbanding ujian mereka. Itupun saya dah nak berputus asa? masyaAllah. Kembali bermuhasabah diri..

Hendak dikatakan nikmat dan rezeki dikurniakan kepada saya, tidak terkira. Cukup makan minum, pakaian, tempat berlindung. Cuba lihat saudara-saudara Islam kita di Palestin. Mereka bimbang akan agama Islam. Makan minum? pakaian? itu bukan masalah bagi mereka. Jihad itu penting.

Aku mahu seperti itu. Jangankan dugaan seperti belajar susah, masalah hati dijadikan satu ujian yang buat ku putus asa dalam kehidupan. Nauzubillah!


Bukan mudah untuk jadi mujahadah terbilang. Tapi insyaAllah akan cuba...

berbalik pada lirik yang saya nak kongsi.. ehe~ lagu daripada Imam Muda bertajuk UJIAN HIDUP. indah nukilannya

Di kala hidupku tertekan
Terasa kehilangan
KepadaNYA akan aku pergi
Demi mencari bimbingan

Ku berserah takdir padaNya
Menentu arah hala
Walau ujian hidup melanda
Ku tabah menerima kerana..

Walaupun tak dikurnia kemasyhuran
Walaupun tak diberi kemakmuran
Hati ku tetap akan memuji
NamaMU selalu ya Rabbi

Walaupun tak dilimpah kemewahan
Akanku memanjangkan kesabaran
Ku tetap syukur pada Ilahi

Kerana mengurniakan nyawa ini :'(

Dia di hatiku selalu..
Memberiku petunjuk ketika perjalananku sukar
kepadaNYA ku kembali di akhir riwayat ini
Untuk bersamaNya selamanya

Lyrics: Ujian Hidup by Imam Muda








mahu jadi bidadari itu...till Jannah. insyaAllah

Hati itu berbolak balik
perlu digenggam sebaiknya

jangan dibiarkan terlalu longgar
kerana ia akan mudah terlerai
kelak menjadi mudarat pada diri

jangan dibiarkan terlalu ketat
kelak merantai diri

Hati itu segumpal darah
biarkan ALLAH memegang hati kita
cinta pada ALLAH cinta kekal abadi

Through the prayer, I see the beauty in life.
Life is so beautiful
Oh Allah. Alhamdulillah!

Relief. If hardness has increased,
Let us put our face toward the Qiblat

raised our hand and Berdoa...

Ya Allah! give me strength, give me patience, give me chances to be a better person. :')

I see YOUR LIGHT 
five times everyday
melting my fears away
when I pray
I hear the call
it let me to YOUR DOOR
I want my heart to SOAR
to you my Lord
oh ALLAH
Bless me with Your love
and keep me TRUE
Loving and praising you..
(keep me true-humood al Khuder)

Panggilan itu menggamit kesyahduan
Lantas bingkas meninggalkan semua kerja
panggilan itu...
saat anggota dibasahi wudhu'
hilang semua keresahan

saat diri memasang niat
khusyu' diharapkan
buat maha ESA

saat tangan mengangkat takbir, Allahuakbar!

Rukuk dan sujud hanya padaMU ya ALLAH

saat dahi itu bertemu menyembah bumi
ku tahu itu satu-satunya cara pengaduan pada Allah
satu ketenangan yang tidak dapat diperolehi daripada mana-mana
satu hubungan pada masa itu. Memohon ketengangan dan sebaik-baik pengaduan hanya padaNYA

walaupun sepi tanpa respond. Hati itu kembali bersemangat. Dititipkan dalam hati yang sepi
ditiupkan rasa sentuhan dariNYA
hidayah

Azan panggilan itu

solat lah kamu...

tinggalkan kerja, solatlah dahulu..

Lahirnya insan disambut dengan AZAN. perginya insan diiringi dengan SOLAT. Alangkah singkatnya hidup jika jaraknya cuma antara AZAN & SOLAT.


p/s: I promise will touch your heart






Thursday, 15 November 2012

Cinta sepi Indah

Hanya ini yang ku termampu daripada kejauhan......
Moga dikau mengerti dan memahami
menjaga hati...wahai bakal suamiku yang ku tidak tahu siapa......
Mungkin ku tahu tetapi biarlah menjaga hati.

Cinta Sepi Indah

Andai aku mampu
meluah seribu kata
kan ku titipkan
agar kau mengerti

andai aku bisa
mengarang sekeping nota
kan ku coretkan segala kata terhalang

Namun aku ini
terkunci bicara
dan hanya mampu menyimpan rasa
di dalam sepi

Oh kasih
dengarlah rintihan
diriku ini dalam kesepian
Tuhanku
ampuni diriku
aku perlu sentuhan dariMU
aku rindu hidayah rahmatMU
aku disini sendiri
mendambakan kasihMU
Tuhan yang satu

Tiada makna
cinta bertakhta dusta
tanpa kasih sayangMU
Tuhan yang ESA
cinta sepi indah
melingkar meruntun rasa
ku serahkan padaMU
untuk menentukan segalanya...



p/s: baru sekarang ku mengerti. Jauh mana kita pergi, balik kembali pada kenangan dahulu. 

Pada madah itu ku berbicara, berselindung semoga dirimu mengerti. Ku tidak mampu mengukir sekeping nota walaupun ianya tersemat sekian lama. Ku tahu dirimu juga begitu.

Demi kesucian sebuah keberkatan dalam perhubungan. 

terima kasih atas huluran persahabatan yang tidak pernah putus. Tetap kekal mekar mewangi.

Allah pegang hati. Kita menjaga hati. Jangan dibiar terlalu longgar. Kelak memudaratkan diri kerana hati itu terlerai. Jangan dibiarkan ianya terlalu ketat takut ianya merantai diri membuat hati gusar.


insyaAllah orang sini akan berusaha menjaga hati. Janji itu...akan ku cuba, dengan izin Allah.


peribadimu...ku kagumi. Istiqamah dan pertingkatkan. Moga menjadi pemimpin Ummah dan keluarga serta mujahid soleh serta terbilang.

Hijrah! ku mahu berhijrah. Berhijrah hati. Bukan setakat manis di bibir, bukan setakat laju di jari menulis perjanjian, bukan setakat melihat.. Sebaliknya hijrah..

Hijrah
jaga waktu solat (solat awal)
perbuatan
pergaulan
hati
masa
attitude
percakapan
hubungan dengan alam
hafal surah-surah
sifat mahmudah



terima kasih sebab jaga 'diri ini' kerana dikau tahu diri ini rapuh...

terima kasih sebab doakan supaya diri ini bisa menjadi muslimah solehah dan sejati

suatu hari nanti pasti, pasti!



bila apa yang kita idamkan dan hajatkan tidak kita perolehi, maknanya itu memang bukan yang terbaik untuk kita. Allah punyai perancangan yang lebih baik buat diri kita.

Yang kita sendiri tidak tahu. 

:')

cinta itu sebenarnya indah, jadi jangan kotorinya dengan cinta yang dusta. 

sampai masanya. Akan tiba. Sabar

ikhlas: Mak-kecik

2012

Wednesday, 14 November 2012

Mari berubah!

Assalamualaikum...


Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah!

Salam Maal Hijrah 1434H..

Semoga diri diberi kekuatan untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Semoga dijauhi daripada nafsu yang mendorong ke arah kejahatan

Semoga Allah memberi hidayah dan membantu perjalanan mencapai redha Allah

Semoga Allah titipkan insan-insan yang dapat memberi peringatan saat diri ini terleka dan alpa

Semoga Allah tetapkan hati

Semoga dalam hati bercambah keimanan, ketakwaan dan kasih pada pencipta

Sesungguhnya ku hamba yang lemah dan hina...


semoga perubahan bukan hanya gah di bibir

pantas di jari

terlintas di fikiran

tetapi biarlah ianya mekar dan mewangi sentiasa....

Hidayah... cahaya kebenaran... ianya milik Allah.
Jadi, jangan pernah berputus asa semaikan dalam diri yang "AKU MAHU PERUBAHAN KE ARAH KEBAIKAN"

Kita...tolong diri kita.. InsyaAllah, Allah pasti tolong kita..

:')




Tuesday, 6 November 2012

Musafir

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum...


Dalam meniti segenap ruang minda dan jiwa..
minda itu ligat berfikir
akal menafsir
jiwa menghayati
pada kalimah yang satu itu
bermakna dan penuh syahdu
Allah! Allah! Allah!

Hati ini merintih dan meronta
Pohon kekuatan atas kehinaan diri ini
hamba Allah yang selalu alpa

Bukan diri ini tidak pernah memikirkannya
Hati berbolak balik
Ku pohon kekuatan
sentiasa tabah

Jiwa itu sayu pada hati yang sentiasa berharap
mata itu mengalir dengan rasa keinsafan
bibir sedang khusyuk menjalankan tugasnya..
Zikir zikir zikir

Alhamdulillah! Allahuakbar! Subhanallah!


biarlah orang memperkatakanya
Tetapi hati itu tahu
Allah Maha Tahu segalanya

Hendak puaskan hati semua orang
tak tercapai dek kemampuan yang terbatas
hanya mampu berdoa...


I hope this :')



Ya Allah....terima kasih atas segalanya....

"Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa yang kamu mohonkan kepadaNYA. Dan 

jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menghitungnya. Sungguh, 

manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah." (surah Ibrahim) (14:34)

#sayang kerana Allah#

Thursday, 1 November 2012

Random


Satu hari nanti kamu akan tahu betapa berharga nya erti sebuah pengenalan

Bersyukurlah kerana andai ku/kamu menjadi salah seorang penghias diari kehidupan kamu

Aku.. akan menghargai setiap detik detik yang bahagia itu walaupun mungkin hanya seketika

Mungkin sampai waktu dan ketika aku masih ada. Masih ada. 

#Jangan kau biar dia lemah tanpa hati#



Kenangan itu
Lama tersimpan 
jauh di lubuk hati
Hanya Allah MAHA MENGETAHUI
apa yang engkau tidak mengerti dan apa yang mungkin ku tidak sedari

Mungkin kenangan itu hanya dalam diam
supaya ia berkekalan sampai bila-bila
tersimpan kemas dalam hati dan sanubari.....



Ada sampai satu waktu, ku sendiri tidak kuat. :'(
Berpura-pura seperti kuat.
Tiada siapa yang mengerti
kecuali ALLAH

Alhamdulillah

ditiupkan semangat dan kekuatan... (^_^)

Hijrah itu satu pengorbanan
pengorbanan untuk membina diri
mencari kembali yang hilang

Perempuan yang kuat adalah pabila waktu malam nya dia menangis, tetapi bangunnya pada waktu pagi...dia akan tersenyum. Semangat..


Tahajjud yang dicari. Sinar kebahagiaan yang kekal abadi.
Pastinya pabila Allah itu diletakkan pada tempat yang paling teratas sekali..

Cinta pada Allah, insyaAllah kita mendapat cinta orang yang turut mencintai Allah dan sentiasa meletakkan ALLAH no. 1 dalam hatinya :')

dan cinta pada Rasululullah

p/s: Kadang-kadang puas sudah bersabar. Puas sudah menyelusurinya. Pernah rasa nak pasrah dan redha sahaja. Tapi muhasabah diri kembali.

Tujuan dan fikrah dalam kehidupan..

Semuanya kerana Allah.

#Alhamdulillah#

Jangan dibiarkan hati itu lemah tanpa bisikan nurani dan zikir


Dia itu bunga.
Bunga yang andai disentuh tanpa rasa hormat, menjadi layu.
layu..
Bunga...jagalah kehormatan itu
for every rose, there's thorn.
Cantik dipandang, dilarang dipetik sesuka hati....

Kadang-kadang pabila dibuai cerita/janji tinggi melambung, 
lantas terbang bunga itu mengharapkan sesuatu...
dan kemudian hati itu dipermainkan sesuka hati...

apalah jadi...

jangan kamu biarkan dia lemah tanpa hatinya...


Assalamualaikum




Wednesday, 31 October 2012

Perempuan




Jagalah sahabat....,
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Perempuan. Wanita. Kita ibarat bunga. Bunga yang memerah menguntum indah.
Menanti masa untuk dipetik.
Dipetik dalam keadaan yang sepatutnya dan sangat terhormat.
Dikagumi kerana keunggulan peribadi muslimahnya,
bukan kerana rupa mahupun harta.
Kadang-kadang ditaburi pelbagai pujian,
jangan mudah terpesona dan terpengaruh.
Sebaliknya, jadikan ianya bunga yang walaupun lumrah bunga itu layu dan akan mati tetapi tetap dikenang sampai bila-bila.

Cinta bunga, bunga akan layu.
Cinta akan manusia, manusia akan mati.
Cinta Allah hanya cinta kekal ABADI.

:')

p/s: Be a good hamba ALLAH, be a good muslimah.

InsyaAllah

Kita boleh cuba kan..? kan..?





Wednesday, 17 October 2012

kasih sayang

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah atas rahmat dan nikmat Allah yang sentiasa tidak pernah putus. Alhamdulillah alhamdulillah. 

Saya..bukanlah orang yang sangat baik. Banyak kelemahannya. Tetapi saya sentiasa berazam dan menanam niat dalam hati dan perbuatan yang saya nak jadi baik. Kerana apa..? LillahiTaala. 

Jadi baik itu bukan ditunggu, tetapi perlu dicari. Jadi seorang yang soleh/solehah itu juga bukan ditunggu tapi dicari. Pabila diberi peluang dan hidayah, cepat ambil peluang itu. =')

Sebenarnya saya nak cerita tentang kasih sayang sesama manusia. 


Pernah tak anda dengar ada seorang mak cik yang kata pada anda.."Nak, kami ni kerja angkat sampah, kotor... pelajaran pun tak tinggi mana"... MasyaAllah, hari itu saya diberi peluang mendengar setiap luahan rasa yang terbit dan saya dapat agak perasaan ini sudah wujud lama dah. Hanya dapat diungkapkan. Mungkin dah tak tertanggung rasa. Sungguhnya, perasaan ni jadi sebak dan sayu tatkala mendengar luahan itu. Tiba-tiba terbayang ibubapa di rumah, saban hari berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Terutama ayah. Penatnya ayah... letih nya ayah. Tiada siapa mengerti. Keringat itu mendatangkan hasil buat keluarga. Subhanallah! 

 "Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjagaku semenjak kecil lagi".

Allah...Allah...Allah... 

Permudahkan urusan kedua ibu bapaku...

Berbalik pada cerita... makcik-makcik yang saya kenali mempunyai hati sangat luhur dan tulus. Bayangkan sedang mereka sibuk buat kerja, tatkala mendapat senyuman, pasti mereka membalas senyuman kembali dan pasti ada pesanan "baik-baik jalan pergi kelas, baik belajar"... Teringat ummi kat rumah. Mereka ibarat ibu ibu di tempat ku belajar ni...

Apa yang dikesalkan ialah, ada sebilangannya, saya pun tidak tahu siapa.. Memandang rendah terhadap makcik-makcik. Berbuat sesuatu yang menunjukkan tanda protes bahkan tiada kata salam apatah lagi senyuman. Yang ada hanya kata-kata yang kurang enak didengar. 

Mak cik kata... "Apa salah kami...?" 

Tak tertanggung rasa bila dengar luahan itu..... Pelbagai luahan terungkap. Pelbagai rasa dikongsi. Hanya satu je aku pinta. Cukuplah dengan senyuman. Cukuplah. Bukan susah pun nak bagi senyuman. Kita bagi kegembiraan pada orang lain dengan senyuman. Simple kan.? Senyum itu juga satu sedekah. Kan mudah je tu nak dapat kebaikan? 


 

Tahu tak kalian, mengertikah kalian.... dengan sedikit senyuman terukir mampu menghilangkan letih. Mampu menghilangkan lelah. 

#peringatan ini untuk diri sendiri terutamanya#

Orang yang mengasihi sesama manusia ialah orang yang dikasihi Allah...

Hubungan baik pada Allah, hubungan baik sesama manusia. 

Hubungan kita dengan manusia dan alam menunjukkan hubungan kita dengan Allah. 

Baiknya kita dengan manusia, insyaAllah mereka turut mendoakan kesejahteraan kita saat kita masih hidup mahupun pabila kita sudah tiada nanti.

Baiknya kita dengan alam, makmurkan bumi ini....InsyaAllah penduduk bumi seluruh alam pasti mendoakan kebaikan kita....

Salah satu dimurahkan rezeki adalah orang yang merapatkan silaturrahim. Ha, besar kan hikmah kasih sayang sesama manusia....

Begitu juga hubungan dengan jiran/masyarakat dan pada semua. 

"Ya Allah, peliharalah diri ku ini daripada sifat mazmumah, daripada sifat sombong. Perkayakanlah ku dengan sifat-sifat mahmudah sifat hormat menghormati dan merendah diri"

Tawadhuk..

Orang yang betul-betul berilmu sebenarnya akan lebih merendah diri dan sentiasa tawadhuk walaupun semua orang tahu dia punya ilmu yang banyak sekali.

Kenapa nak sombong sedangkan kita tahu ilmu itu milik Allah. Hanya pinjaman...

Walaupun kita mempunyai kelayakan akademik tingga mana....Hatta master/ph.D sekali pun, kalau nilai kemanusiaan dan hormat menghormati tiada disemai dalam diri..ianya tak berguna juga. Orang sanjung pada merkea  pada akhlak dan budi pekerti kerana dengan akhlak mantap, budi pekerti terbilang itulah sebenarnya yang akan memberi panduan dalam diri seseorang untuk menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dia ada sesuai pada tempatnya. 

p/s: orang kadang-kadang makin berilmu makin kurang cerdik. Kerana ilmu itu tidak diamalkan. sayangnya..sangat sayang. 


Sekian...

Peringatan buat diri terutamanya...

Assalamualaikum


Monday, 15 October 2012

Ada masa

kredit to Dr.CintaPunyeBelog (taken from facebook).

Susahnya nak jadi baik...

Kadang-kadang rasa penat... 

betul, sebab saya pun rasa macam tu. Banyak dugaan. Tetapi muhasabah diri kembali. 

yakinlah bahawa Allah ada, Allah nilai apa yang kita saban hari lakukan. Atas bahu kita ada dua malaikat yang mencatit amalan kita. Hatta, masa kita tidur. 

Syaitan itu tidak pernah berputus asa untuk menghasut kita. Jadi, kita sebagai pemilik diri ini mengapa berputus asa untuk berbuat baik.? jangan jangan...

Sikit-sikit mula berbuat kebaikan kepada diri dan orang lain. InsyaAllah. 

Perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu amat manis sekali.

p/s: Kita tak akan tahu bila hayat kita akan berakhir, bila masa perjalanan kita di tempat persinggahan sementara ni berakhir. Oleh sebab itu, kita perlu setiap hari koreksi diri dan mempertingkatkan amalan untuk kehidupan yang kekal. Akhirat.

Akhirat itu tujuan utama. Tetapi di dunia ini tempat kita membajai amalan, bercucuk tanam supaya beroleh hasil yang berkat kelak. 

#Kasihnya Allah pada hamba-hambaNYA... itu sebab Allah berikan kita cahaya dan peluang untuk berubah ke arah kebaikan#

percayalah, setiap keserabutan dalam diri, Allah ada jawapannya.. Al-Quran... music give us melody but al-Quran akan memberi kita ketenangan dalam hati...music for our soul.... 

"ketahuilah dengan zikir itu menenteramkan hati manusia. Bila mana hati mengingati Allah"
surah ar-Ra'd ayat 28.

`mendidik diri dengan muwasafat tarbiyyah' panduan menjadi insan soleh/solehah.. Ada 10 ciri... later update.. (^__^)


assalamualaikum.

-sampaikan walaupun sedikit-


Friday, 12 October 2012

Cinta Allah itu hakiki

Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginananmu) dalam hati. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut kepada mereka. Tetapi janganlah kamu membuat perjanjian (untuk menikah) dengan mereka secara rahsia kecuali sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Dan janganlah kamu menetapkan akad nikah, sebelum habis masa idahnya. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepadaNYA. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun. (surah al-Baqarah 2:235)

"Asy Syahid Syed Qutb mentafsirkan ayat 235 surah al-Baqarah.. "Dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya. Dan tidak menekan naluri kemanusiaan, namun mengawalnya." (Hilal Ashraf- Sebelum Aku Bernikah)

Perasaan cinta dan rindu itu satu fitrah sama juga macam mana fitrah kita untuk makan, tidur, sedih dan menangis. Tetapi fitrah cinta dan rindu ini adalah suatu fitrah yang sangat perlu pengurusan yang sebaik-baiknya kerana ia adalah sesuatu yang abstrak. Allah bagi kita rasa itu supaya kita menghargai nikmatNYA. Supaya kita sentiasa berusaha meraih cinta Allah dahulu sebelum meraih cinta manusia. Tapi manusia sering alpa dan lalai sekiranya mereka meraih cinta manusia itu lebih dari cinta Allah..

analoginya,,,

Kalau kita diberi hadiah.. Apa yang membuat kita gembira...? Kita suka atau cinta pada hadiah atau pemberi hadiah?

Kalau kita cinta pada hadiah...mungkin kita hanya dapat kebahagiaan pabila kita dapat hadiah itu. Contohnya, cantiknya hadiah ni. Terima kasih..

Tapi kalau kita cinta pada pemberinya, pasti ianya akan meresap dalam sanubari. Kita akan mendapat cinta pemberi dan cinta hadiah itu sekali. 

Samalah, manusia ini diibaratkan seperti hadiah. Kalau kita mengasihi manusia itu lebih daripada penciptaNYA pasti kita akan mudah terbuai dan terlena.

Allah sentiasa bukakan peluang dan pintu-pintu sinar untuk mencari keredhaanNYA. Tetapi sesiapa yang lalai daripada mengingatiNYA...Allah akan buat dia sendiri lupa dengan dirinya. Maknanya, dia akan berterusan dalam kelalaian andainya dia sendiri tidak mencari jalan untuk mengubah kehidupannya. 

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (surah al-Hasyr ayat 19)

Ya Allah, jauhkanlah diri ini daripada kufur nikmat..

Bagiku, cukuplah pengalaman masa lalu menjadi pengajaran yang penuh hikmah untuk ku meneruskan kehidupan akan datang. 

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar
Dia beri kaktus berduri..

Aku minta kupu-kupu..
Diberi ulat berbulu..

Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik..

Itulah jalan Illahi..
Indah pada masanya...





Kalau kita tetapkan sesuatu niat, itulah yang kita dapat. Tetapi sekiranya kita tetapkan niat kerana Allah, lillahitaala..insyaAllah, Allah akan memandu kita ke arah jalan lurus. Mudah dan tenang rasanya. 





Kalau kita tetapkan niat berubah kerana seorang lelaki/wanita...itu yang kita akan dapat. Tetapi kalau kita berniat berubah ke arah lebih baik kerana Allah..Pasti kita akan memperolehi kedua-duanya. 



Betapa cantik Allah susun kehidupan kita ini bukan? (^_^)



Dan...andai matlamat kita adalah dunia. Maka kita akan dapat dunia sahaja. Tetapi sekiranya kita bermatlamatkan akhirat, Pasti kita akan dapat kedua-duanya. Betapa pentingnya niat itu supaya kita tak terpesong daripada jalan kebenaran..



Kita matang bukan diukur pada umur..tetapi...



pada sejauh mana kita mengenal Allah, tanggungjawab dan menyedari peranan apa sebenarnya kita diciptakan. Iaitu untuk memakmurkan bumi dan pentadbir alam ini..

(Hilal Ashraf)





p/s: Aku akan kejar dan meraih cinta Allah. Kerana aku tahu cinta Allah itu cinta hakiki. Mungkin hari ini engkau mencintai aku tetapi boleh jadi satu hari nanti engkau membuang perasaan itu. Semuanya rahsia Allah. Tetapi cinta Allah cinta hakiki dan tak pernah berdusta dan sering ada bersama kita. 



Biarlah aku cinta dalam diam supaya aku tidak bermain dengan perasaan sendiri dan supaya aku tidak mengganggu perjuangan mu dan supaya aku tidak menggoyahkan hatimu.  Biarlah perasaan itu aku sandarkan pada Allah dan serahkan pada Allah di samping aku akan berusaha. Berusaha meraih cinta Allah. Tetapi ku akan selalu berdoa agar Allah kurniakan ku orang yang ku cintai juga. Mana kita tahu kan kalau dia memang jodoh kita..? 

Berusaha membina peribadi kerana Allah dan sebagai tanda bukti cinta aku padamu yang aku sendiri tidak tahu siapa.


Allah kan ada =')



Tetapi matlamat utama kita adalah sebagai pentadbir alam maka ketepikan dahulu soal hati dan kawal.



Ujian itu tarbiyyah. 



Kadang-kadang kita sibuk nak mencari pasangan kita tanpa kita semak diri kita dahulu. Bagaimana nak mendidik pasangan,andainya diri tak terdidik. 



Amal soleh/solehah supaya kita dapat membahagiakan ibu bapa kita dahulu...



Redha Allah terletak pada redha ibubapa...






13 Oktober 2012



Assalamualaikum.