Assalamualaikum.
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah atas rahmat dan nikmat Allah yang sentiasa tidak pernah putus. Alhamdulillah alhamdulillah.
Saya..bukanlah orang yang sangat baik. Banyak kelemahannya. Tetapi saya sentiasa berazam dan menanam niat dalam hati dan perbuatan yang saya nak jadi baik. Kerana apa..? LillahiTaala.
Jadi baik itu bukan ditunggu, tetapi perlu dicari. Jadi seorang yang soleh/solehah itu juga bukan ditunggu tapi dicari. Pabila diberi peluang dan hidayah, cepat ambil peluang itu. =')
Sebenarnya saya nak cerita tentang kasih sayang sesama manusia.
Pernah tak anda dengar ada seorang mak cik yang kata pada anda.."Nak, kami ni kerja angkat sampah, kotor... pelajaran pun tak tinggi mana"... MasyaAllah, hari itu saya diberi peluang mendengar setiap luahan rasa yang terbit dan saya dapat agak perasaan ini sudah wujud lama dah. Hanya dapat diungkapkan. Mungkin dah tak tertanggung rasa. Sungguhnya, perasaan ni jadi sebak dan sayu tatkala mendengar luahan itu. Tiba-tiba terbayang ibubapa di rumah, saban hari berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Terutama ayah. Penatnya ayah... letih nya ayah. Tiada siapa mengerti. Keringat itu mendatangkan hasil buat keluarga. Subhanallah!
"Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjagaku semenjak kecil lagi".
Allah...Allah...Allah...
Permudahkan urusan kedua ibu bapaku...
Berbalik pada cerita... makcik-makcik yang saya kenali mempunyai hati sangat luhur dan tulus. Bayangkan sedang mereka sibuk buat kerja, tatkala mendapat senyuman, pasti mereka membalas senyuman kembali dan pasti ada pesanan "baik-baik jalan pergi kelas, baik belajar"... Teringat ummi kat rumah. Mereka ibarat ibu ibu di tempat ku belajar ni...
Apa yang dikesalkan ialah, ada sebilangannya, saya pun tidak tahu siapa.. Memandang rendah terhadap makcik-makcik. Berbuat sesuatu yang menunjukkan tanda protes bahkan tiada kata salam apatah lagi senyuman. Yang ada hanya kata-kata yang kurang enak didengar.
Mak cik kata... "Apa salah kami...?"
Tak tertanggung rasa bila dengar luahan itu..... Pelbagai luahan terungkap. Pelbagai rasa dikongsi. Hanya satu je aku pinta. Cukuplah dengan senyuman. Cukuplah. Bukan susah pun nak bagi senyuman. Kita bagi kegembiraan pada orang lain dengan senyuman. Simple kan.? Senyum itu juga satu sedekah. Kan mudah je tu nak dapat kebaikan?
Tahu tak kalian, mengertikah kalian.... dengan sedikit senyuman terukir mampu menghilangkan letih. Mampu menghilangkan lelah.
#peringatan ini untuk diri sendiri terutamanya#
Orang yang mengasihi sesama manusia ialah orang yang dikasihi Allah...
Hubungan baik pada Allah, hubungan baik sesama manusia.
Hubungan kita dengan manusia dan alam menunjukkan hubungan kita dengan Allah.
Baiknya kita dengan manusia, insyaAllah mereka turut mendoakan kesejahteraan kita saat kita masih hidup mahupun pabila kita sudah tiada nanti.
Baiknya kita dengan alam, makmurkan bumi ini....InsyaAllah penduduk bumi seluruh alam pasti mendoakan kebaikan kita....
Salah satu dimurahkan rezeki adalah orang yang merapatkan silaturrahim. Ha, besar kan hikmah kasih sayang sesama manusia....
Begitu juga hubungan dengan jiran/masyarakat dan pada semua.
"Ya Allah, peliharalah diri ku ini daripada sifat mazmumah, daripada sifat sombong. Perkayakanlah ku dengan sifat-sifat mahmudah sifat hormat menghormati dan merendah diri"
Tawadhuk..
Orang yang betul-betul berilmu sebenarnya akan lebih merendah diri dan sentiasa tawadhuk walaupun semua orang tahu dia punya ilmu yang banyak sekali.
Kenapa nak sombong sedangkan kita tahu ilmu itu milik Allah. Hanya pinjaman...
Walaupun kita mempunyai kelayakan akademik tingga mana....Hatta master/ph.D sekali pun, kalau nilai kemanusiaan dan hormat menghormati tiada disemai dalam diri..ianya tak berguna juga. Orang sanjung pada merkea pada akhlak dan budi pekerti kerana dengan akhlak mantap, budi pekerti terbilang itulah sebenarnya yang akan memberi panduan dalam diri seseorang untuk menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dia ada sesuai pada tempatnya.
p/s: orang kadang-kadang makin berilmu makin kurang cerdik. Kerana ilmu itu tidak diamalkan. sayangnya..sangat sayang.
Sekian...
Peringatan buat diri terutamanya...
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment