Friday, 12 October 2012

Cinta Allah itu hakiki

Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginananmu) dalam hati. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut kepada mereka. Tetapi janganlah kamu membuat perjanjian (untuk menikah) dengan mereka secara rahsia kecuali sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Dan janganlah kamu menetapkan akad nikah, sebelum habis masa idahnya. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepadaNYA. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun. (surah al-Baqarah 2:235)

"Asy Syahid Syed Qutb mentafsirkan ayat 235 surah al-Baqarah.. "Dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya. Dan tidak menekan naluri kemanusiaan, namun mengawalnya." (Hilal Ashraf- Sebelum Aku Bernikah)

Perasaan cinta dan rindu itu satu fitrah sama juga macam mana fitrah kita untuk makan, tidur, sedih dan menangis. Tetapi fitrah cinta dan rindu ini adalah suatu fitrah yang sangat perlu pengurusan yang sebaik-baiknya kerana ia adalah sesuatu yang abstrak. Allah bagi kita rasa itu supaya kita menghargai nikmatNYA. Supaya kita sentiasa berusaha meraih cinta Allah dahulu sebelum meraih cinta manusia. Tapi manusia sering alpa dan lalai sekiranya mereka meraih cinta manusia itu lebih dari cinta Allah..

analoginya,,,

Kalau kita diberi hadiah.. Apa yang membuat kita gembira...? Kita suka atau cinta pada hadiah atau pemberi hadiah?

Kalau kita cinta pada hadiah...mungkin kita hanya dapat kebahagiaan pabila kita dapat hadiah itu. Contohnya, cantiknya hadiah ni. Terima kasih..

Tapi kalau kita cinta pada pemberinya, pasti ianya akan meresap dalam sanubari. Kita akan mendapat cinta pemberi dan cinta hadiah itu sekali. 

Samalah, manusia ini diibaratkan seperti hadiah. Kalau kita mengasihi manusia itu lebih daripada penciptaNYA pasti kita akan mudah terbuai dan terlena.

Allah sentiasa bukakan peluang dan pintu-pintu sinar untuk mencari keredhaanNYA. Tetapi sesiapa yang lalai daripada mengingatiNYA...Allah akan buat dia sendiri lupa dengan dirinya. Maknanya, dia akan berterusan dalam kelalaian andainya dia sendiri tidak mencari jalan untuk mengubah kehidupannya. 

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (surah al-Hasyr ayat 19)

Ya Allah, jauhkanlah diri ini daripada kufur nikmat..

Bagiku, cukuplah pengalaman masa lalu menjadi pengajaran yang penuh hikmah untuk ku meneruskan kehidupan akan datang. 

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar
Dia beri kaktus berduri..

Aku minta kupu-kupu..
Diberi ulat berbulu..

Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik..

Itulah jalan Illahi..
Indah pada masanya...





Kalau kita tetapkan sesuatu niat, itulah yang kita dapat. Tetapi sekiranya kita tetapkan niat kerana Allah, lillahitaala..insyaAllah, Allah akan memandu kita ke arah jalan lurus. Mudah dan tenang rasanya. 





Kalau kita tetapkan niat berubah kerana seorang lelaki/wanita...itu yang kita akan dapat. Tetapi kalau kita berniat berubah ke arah lebih baik kerana Allah..Pasti kita akan memperolehi kedua-duanya. 



Betapa cantik Allah susun kehidupan kita ini bukan? (^_^)



Dan...andai matlamat kita adalah dunia. Maka kita akan dapat dunia sahaja. Tetapi sekiranya kita bermatlamatkan akhirat, Pasti kita akan dapat kedua-duanya. Betapa pentingnya niat itu supaya kita tak terpesong daripada jalan kebenaran..



Kita matang bukan diukur pada umur..tetapi...



pada sejauh mana kita mengenal Allah, tanggungjawab dan menyedari peranan apa sebenarnya kita diciptakan. Iaitu untuk memakmurkan bumi dan pentadbir alam ini..

(Hilal Ashraf)





p/s: Aku akan kejar dan meraih cinta Allah. Kerana aku tahu cinta Allah itu cinta hakiki. Mungkin hari ini engkau mencintai aku tetapi boleh jadi satu hari nanti engkau membuang perasaan itu. Semuanya rahsia Allah. Tetapi cinta Allah cinta hakiki dan tak pernah berdusta dan sering ada bersama kita. 



Biarlah aku cinta dalam diam supaya aku tidak bermain dengan perasaan sendiri dan supaya aku tidak mengganggu perjuangan mu dan supaya aku tidak menggoyahkan hatimu.  Biarlah perasaan itu aku sandarkan pada Allah dan serahkan pada Allah di samping aku akan berusaha. Berusaha meraih cinta Allah. Tetapi ku akan selalu berdoa agar Allah kurniakan ku orang yang ku cintai juga. Mana kita tahu kan kalau dia memang jodoh kita..? 

Berusaha membina peribadi kerana Allah dan sebagai tanda bukti cinta aku padamu yang aku sendiri tidak tahu siapa.


Allah kan ada =')



Tetapi matlamat utama kita adalah sebagai pentadbir alam maka ketepikan dahulu soal hati dan kawal.



Ujian itu tarbiyyah. 



Kadang-kadang kita sibuk nak mencari pasangan kita tanpa kita semak diri kita dahulu. Bagaimana nak mendidik pasangan,andainya diri tak terdidik. 



Amal soleh/solehah supaya kita dapat membahagiakan ibu bapa kita dahulu...



Redha Allah terletak pada redha ibubapa...






13 Oktober 2012



Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment