Bismillahirrahmanirrahim....
Saya nak cerita tentang pemergian saya ke Ekspo Buku Islam 3. Alkisahnya, ekspo ini berlangsung di Kuantan Parade, Pahang pada 26 September sehingga 2 Oktober 2012. Saya mendapat tahu tentang iklan ini daripada seorang kawan dan telah memasang hajat ingin berkunjung sekiranya tiada aral. Maknanya, saya akan kosongkan jadual saya untuk pergi ke ekspo tersebut. (^_^).
Mungkin sebab daripada kecil lagi, saya telah terdidik untuk menjinakkan diri dengan membaca pelbagai jenis buku. Cuma, buku 'English' saya kurang sikit. ehee..Ambil masa lama sikit nak baca. Insan yang mengajar saya meminati buku adalah ayah saya sendiri. Ayah selalu belikan buku cerita ataupun apa-apa jenis buku setiap kali tiba hari kelahiran saya daripada sekolah rendah sampailah saya masuk matrikulasi. So sweet kan ayah saya? (^_^) Paling saya ingat, saya dapat sebuah al-Quran masa saya darjah 6. Masa sekolah rendah pula, dapat buku bersiri siri salma, siri penyiasatan. Jadi, memang selalu kumpul buku siri penyiasatan. Mungkin pengaruh tu menyebabkan saya suka tengok cerita berbentuk penyiasatan macam CSI tu.. hoho.
Sebenarnya, ilmu ini tak akan pernah habis. Makin kita cari, makin kita jumpa...Makin kita sedar yang kita banyak tidak tahu. Ilmu ALLAH itu sangat meluas meliputi sekalian alam.
Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )
Maka, siapa yang berusaha menuntut ilmu, insyaAllah..ada ganjaran dan manfaatnya. Antaranya, apa yang saya rasa adalah dengan ilmu lah kita dapat mendidik diri kita, dengan ilmu juga kita boleh berdakwah kerana jangan hanya kata-kata kosong sahaja.
Hari Ahad, 30 September 2012, saya berpeluang jumpa seorang insan muslimah yang aktif dalam penulisan. Saya mengagumi beliau. Saya mula tertaut dengan penulisan beliau pabila membaca buku tautan hati sejak di Matrikulasi. Beliau ialah ustazah Fatimah Syarha. Beliau bukan sahaja lembut orangnya tetapi lantang pabila memberi ceramah. Subhanallah! banyak ilmunya. Sopan dan luhur budinya. Saya berpeluang jumpa face to face dengan ustazah. Alangkah gembiranya tak terkata perasaan waktu tu. (^^,)
Ustazah Fatimah Syarha =')
Saya juga berpeluang jumpa dengan Profesor Dr. Muhaya. Beliau merupakan pakar mata dan pakar motivasi yang berkaliber. Saya turut meminati beliau kerana beliau merupakan insan muslimah yang bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi yang penting menjadi contoh muslimah berkaliber dan mempunyai pemikiran yang sangat positif.
Dapat bertemu dua insan ini memberi saya semangat. Ya! Memberi saya semangat agar lebih berusaha menuntut ilmu, menjadi wanita solehah dan sentiasa memasang niat melakukan sesuatu hanya kerana Allah. InsyaAllah hidup akan diberkati. Till Jannah!
Ayah, terima kasih sebab didik along dengan sebaiknya dan ajar along supaya minat buku. =')
Siapa pun aku sekarang, siapa pun aku pada masa silam....Itu tidak penting. Yang pastinya, aku akan sentiasa berusaha dan berusaha dan tetap berusaha untuk memperbaiki diri. Adat kehidupan, ada pasang surutnya. Macam iman, kadang bertambah, kadang berkurang. Itulah, kita perlu sentiasa periksa diri. MasyaAllah! Allah tak pernah tinggalkan ku. Jika ku bersendiri, pasti Allah mengabulkan permintaan ku dengan cara lain. Mungkin dengan ketenangan dan mungkin juga dengan segala kemudahan.
Aku bukan baik tetapi akan berusaha menjadi seorang muslimah yang solehah. Supaya dapat membantu ayahku, suami ku nanti, adik-adikku masuk syurga. InsyaAllah.
Islam menjadikan ilmu pengetahuan sebagai satu penggerak untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap tinggi kerana tanpa ilmu, maka segala keperluan/kegiatan ke arah mencapai matlamat iaitu mencapai mardhatilah tidak tercapai.
Tetapi, ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Jadi, amalkan ilmu tersebut. InsyaAllah dapat membentuk peribadi mulia..
Buku-buku yang dibeli dan ada yang dihadiahkan daripada seorang sahabat. Ada buku beli untuk adik yang darjah 5 iaitu buku Saad Abu Waqas sebab adik suka baca buku pahlawan Islam, Sejarah Islam dan tokoh-tokoh Islam. Buku Upin Ipin untuk adik bongsu yang berumur 6 tahun. Ada sebuah buku nak hadiahkan buat orang 'mile2' dan selebihnya untuk pembacaan diri sendiri. =)
Tak rugi beli buku sebab insyaAllah banyak manfaatnya.
Ilmu dan Iman tidak dapat dipisahkan...
Sungguh beruntung kerana kita semua diberi peluang menuntut ilmu. Jadi, gunakan dengan sebaiknya.
Dengan ilmu, kita kenal pencipta. Dengan ilmu, kita lebih dekat dekat dan dekat dengan Allah..
=')
Assalamualaikum

No comments:
Post a Comment