Bismillahirrahmanirrahim...
Pada entri kali ini, saya nak sambung bicara tentang zaman persekolahan dahulu. Masa tingkatan 5 tidak banyak hal yang berlaku lantaran masing-masing sibuk mempersiapkan diri menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Cuma, yang paling diri ini ingat masa hari kelahiran 4 Ogos adalah hari di mana saya di 'prank' oleh rakan sekelas. Kena jugalah tepung dan hasilnya masa makan asyik nangis sebab ada kisahnya. Rupa-rupanya saya di prank dan mereka kasihankan saya yang masa makan pun menangis, ramai-ramai nyanyikan lagu selamat hari lahir dan tepung tepung menghiasi muka. Rupanya kisah yang berlaku pada hari itu adalah satu helah semata-mata =')
skip..skip...skip...
Alhamdulillah...saya ditawarkan menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Oleh sebab pada masa itu tiada tawaran lain yang saya terima, jadi dengan senang hati melangkah masuk ke matrikulasi kerana niat di hati ini untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah di mana sahaja.
Banyak sangat perkara yang berlaku masa di matrikulasi. Sememangnya cabaran belajar di matrikulasi berat dek semuanya perlu dihabiskan dalam masa setahun.
Bermula dengan orientasi pelajar baharu...
Masa ini ku tidak berpeluang mengikuti secara menyeluruh orientasi selama seminggu dek kerana masalah kesihatan. Ulang alik juga ke hospital. (T_T) masa itu, hanya Allah yang mengetahui betapa beratnya dugaan. Saat berjauhan dengan keluarga, diuji dengan masalah kesihatan. Alhamdulillah ada pihak yang sudi membantu. Setiap kali cuti, ku akan dibawa oleh ayah untuk membuat rawatan. Alhamdulillah dan sihat. (^_^)
Masa orientasi biasalah ada sesi di mana pelajar mesti/wajib ke masjid untuk solat berjemaah. Ku juga tidak ketinggalan. Mungkin sebab diwajibkan maka penuhlah masjid. ehe.. Tapi habisnya sesi orientasi, ku merasakan betapa manisnya bila beribadah di rumah Allah. Rasa tenang dan damai. Alhamdulillah berjaya istiqamah dan melazimi diri solat berjemaah di masjid. Banyak sangat kisah berlaku di masjid. Subhanallah!
Pertama...ku disapa...
Usai solat sunat dan membaca al-Quran, ku disapa oleh seorang akak ni yang sejuk mata memandang. Dia mengajak ku pergi ke sesuatu tempat. Oleh sebab ku tidak prejudis kepada sesiapa, maka ikut sahaja..
Sampai kat tempat tu, rupanya ramai yang ada. Mereka duduk dalam keadaan bentuk bulatan. Ku tahu itu usrah ataupun orang panggil bulatan gembira.
Dalam hati kecil terfikir "Apa sebenarnya yang terjadi ni?" kenapa ku kat sini.....
Tapi ku mengikuti aktiviti itu sampailah habis daripada sesi pengenalan/taaruf sampailah sesi bertukar soalan. Usai aktiviti itu, ku diajak supaya menjadi Exco dalam badan kerohanian di surau matrikulasi. Allah! Allah!
Masa itu, ku tenang lagi. Setibanya kat bilik, aku menangis...menangis.. Kenapa aku menangis? sebab masa itu aku rasa diri ini langsung tak layak nak jadi Exco/pegang jawatan apa-apa kerana ku bukan berlatarkan budak sekolah agama kerana majoriti yang berada dalam usrah tersebut berlatarbelakangkan sekolah agama. Masa itu, ku rasa diri ini kecil sangat.
Mungkin masa itu, Allah berikan ku hidayah. Satu manhaj supaya ku dapat memperbetulkan diri lagi menjadi lebih lebih baik. Ku minta nasihat daripada rakan-rakan. Alhamdulillah, rakan-rakan memahami.
Kata mereka, beruntung lah diri kerana mungkin itu satu cara yang Allah sayang kan kita. Allah berikan kita orang-orang yang baik supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik. Allah sayang kan kita oleh sebab itu Allah berikan hidayah dengan cara begitu. Ada hikmahnya setiap apa yang terjadi.
Setiap hari ku muhasabah diri layakkah diri ini.....
Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA....=')
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah 2:216).
ku terima pelawaan akak itu.. Bermulalah kisah hidupku...
Dulu masa sekolah, memang ku jenis menjaga pergaulan/ikhtilat..jaga aurat cuma tentang aurat ni, tang pakai stokin setiap masa itu ku on off. ='( Mungkin sebab masa itu ku jahil tentang ilmu. Ku tak menutup aurat secara sempurna. Kadang terasa nak pakai stokin, pakailah. Kalau tak, tak. Astagfirullah..
Tetapi alhamdulillah.. Di matrikulasi, ku banyak menghadiri majlis-majlis ilmu dan melalui majlis tersebut banyak yang ku pelajari. Baru ku mengerti yang aurat itu sebenarnya dari atas sampailah ke bawah perlu dijaga, perlu dipelihara. Kecuali muka dan tapak tangan. Maka, wajiblah kiranya memakai stokin. Sejak itu, ku berazam untuk berubah. Apa gunanya ilmu sekiranya tidak diamalkan bukan?
sebabnya, kita diwajibkan tutup aurat dengan sempurna. Itu hukum yang Allah sudah tetapkan. Matlamat untuk mardhatillah. InsyaAllah perubahan sedikit sedikit supaya menjadi istiqamah dan dapat mempertingkatkan lagi amal kebaikan.
Seperkara lagi yang ku belajar di matrikulasi atau spesifiknya di surau al-Irfaan... Erti persahabatan iaitu persahabatan kerana akidah Islam. Kerana Allah. Pada itu, ku bersyukur tak terhingga kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang solehah. Mereka sentiasa mentarbiahkan diri mereka dan secara tidak langsung turut mentarbiyahkan diri ini. tarbiyah melalui teladan. Penerapan melalui akhlak yang sopan, percakapan yang sederhana, lisan dan pandangan mata yang terjaga, ikhtilat terjaga, ukhuwah yang sangat sangat manis.
Bayangkan, usai solat berjemaah, pasti kami akan berkumpul dan masa itu kami akan belajar berkumpulan bersama-sama, berkongsi masalah bersama-sama. manisnya saat itu. Sungguh, ku rindu saat itu. =') Hanya Allah tahu yang hati ini sangat merindukan kalian. Mana mungkin ku lupa kalian yang secara tidak langsung menjadi inspirasi untuk diri ini supaya berhijrah ke arah lebih baik.
Benar, andainya persahabatan itu disulam dengan kasih sayang hanya kerana Allah... pastinya hubungan persahabatan itu akan selalu dikenang walaupun jarak jauh yang menyekat pertemuan. Kerana, hanya doa yang sentiasa tidak putus menjadi penguat ukhuwah ini.
Biar jarak memisah, tapi hati tak pernah lupa..
Kadang-kadang ku selalu bersedih kenapa tidak seperti di matrikulasi ketika di universiti? siapa yang nak tegur kalau ku khilaf? siapa yang nak beri semangat kalau ku sedang bersedih? siapa yang nak beri semangat kepada ku?
Tetapi ku kembali kepada pemikiran yang rasional. Setiap yang bertemu pasti ada perpisahan. Yang penting, kenangan itu akan tetap kekal bersemi. hajar sentiasa doakan kalian agar sentiasa istiqamah di jalan Allah. Be a good muslim and muslimah. Soleh dan solehah.
Kalau kita sematkan dalam diri yang kita akan berusaha menjadi muslimah yang kuat. InsyaAllah, jika dicampak ke mana-mana pun, pasti kita akan menjadi muslimah yang kuat. Jangan jadikan alasan itu satu ukuran atau mempersalahkan keadaan sekeliling. Kita adalah kita. Fikirkanlah apa yang terbaik buat diri dang yang paling penting demi meraih keredhaaan Allah.
Apalah ertinya hidup sekiranya diri ini tidak mempergunakan nikmat yang dikurniakan sebaiknya.
Belum terlambat. Kerana siapa pun kita pada masa silam...pedulikan! kerana masa silam itu satu pengajaran untuk kita mengemudi kehidupan yang mendatang. Kalau kita menjadikan masa lepas satu bayangan, tak mustahil kita akan berterusan dalam kejahilan/takuk lama.
Berhijrah!
Demi Masa.......
dan aku bukan baik tetapi aku berusaha menjadi baik. Hanya ku insan yang sentiasa khilaf. Mencari secebis sisa diri yang pada satu ketika dahulu penuh tarbiyah. Ia sebenarnya tidak hilang kerana Allah tidak pernah jemu. Carilah sinar hidayah itu kembali. Jangankan saat-saat akhiran baharulah kita tersedar.
Ya Allah, kuatkan lah hatiku ini meneruskan kehidupan. Semoga istiqamah berada di jalanMU.
Cinta itu pabila kamu mengukir rindu di hati. Cinta itu pabila kamu meluahkan pada kata.
Cinta itu aku ukir rindu pada sujudku. Cinta itu ku luah melalui doa. PadaMU ya Allah...
No comments:
Post a Comment