Tuesday, 28 August 2012

Okra

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.,

Okra.. nama lain bagi bendi. Oleh sebab Final Year Project (FYP) saya berkaitan bioteknologi tapi ada juga  disuntikkan elemen pertanian. Saya dan empat rakan lagi belum biasa bergelumang dalam bidang pertanian secara teliti dan menyeluruh. Kalau hanya nak tanam satu dua pokok tu pernahlah. Tapi, kali ini kami kena tanam dan jaga dalam 30 polybag. Tapi sebenarnya pengalaman itu sangat menarik. Cuma, banyak risiko nya. 


Banyak kan siput? 

pic kredit to: Farahanna


Baru-baru ini, dapat khabar daripada salah seorang kawan kumpulan yang tanaman kami diserang siput.. ='( ohhh..berita itu sangat menyedihkan. Macam mana kami nak siapkan FYP kami kalau benda-benda macam ini terjadi. Banyak cabaran. Sebelum ini je pun, dah pelbagai cabaran kami terpaksa tempuhi. 

Muhasabah diri balik..

Bila kita ikhlas buat sesuatu, insyaAllah Allah akan tolong. Buktinya, saat kami kematian idea nak memikirkan bagaimana nak letak sample IMO kami, ada pak cik yang menolong. Encik Atan namanya atau nama sebenarnya Tuan Hanafi.

Bila IMO tak jadi, kami berusaha cari tempat lain. Tapi tak berhasil. Puas memikirkan. Tetapi, alhamdulillah, berkat pertolongan Mak Cik Milah, saya berjaya. Hasil rundingan dengan Mak Cik Milah, Mak cik mencadangkan kami meletakkan sampel IMO di kawasan rumahnya kerana ada pokok buluh di situ. Tengok! Allah permudahkan urusan.

Alhamdulillah!

#Makcik Milah merupakan seorang makcik yang sangat sangat baik dan prihatin. Mak cik ini dah saya anggap macam mak saya di asrama. Sebabnya, sebelum nak pergi kelas mesti berborak dulu sebab makcik Milah bekerja di UMP dan selalu lepak di surau dengan rakan-rakannya. Pergi rumah makcik Milah dah dua kali. Setiap kali pergi mesti dapat ais krim Malaysia yang dua posen tu dua batang. hoho. suka suka >__<

Bila nak tanam bendi kami, kami perlukan pembekal tanah dan polybag. Maizatul Farhain tolong deal kan dngan pak cik Ahmad. Betulkan Pakcik Ahmad? ramai sangat. Takut tertukar-tukar nama. Sekali lagi, Allah permudahkan urusan.

Alhamdulillah!

Seorang lagi yang sentiasa membantu kami adalah pegawai makmal iaitu Encik Husaini. Bila nak cari instrument, chemical substances, etc di makmal.. Beliaulah kami cari. Orang yang paling sibuk di lab dan banyak berjasa. 

Benarlah kata orang. Mana mungkin kita tidak diuji walaupun dengan sedikit ujian. Ujian itu adalah penguat hati dan sejauh mana kita berusaha dan berdoa pada Allah. Itu baru sedikit ujian jika dibandingkan dengan ujian umat manusia dahulu.

Ini umpama saya yang sabar menunggu pertumbuhan bendi. ehe
kredit pic to: RV (nama samaran) 


Nikmat manis apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian. Ini adalah antara ujian yang perlu saya hadapi sepanjang buat FYP saya. =)

jadi, kena sabar.



Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa 

kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa 

pergantungan jika tiada kepayahan..


 syukran jazilan =)


Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah

penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah

 kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman

 ialah yang mempunyai sifat redha”




sekian, 

29 Ogos 2012

7:42 a.m


Sunday, 26 August 2012

Kenangan

Assalamualaikum

Semasa tengah 'free' ini, bolehlah rajinkan tangan menulis di ruangan ni. Sebabnya, dah masuk semester akhir nanti, mungkin tak ada dah masa nak hadap ruangan ini. >_<

Bila tak ada kerja, habis semua dibongkar. Bongkar selongkar kemas dan semua.. Jumpa lah harta karun@hadiah@pemberian kawan-kawan sepanjang sekolah menengah dulu. Paling banyak masa sek men tingkatan 3-5. Masa itu, sekolah di SMK Putatan. Rindu SMKP! too much! Banyak kenangan indah dan kenangan pahit pun ada. hoho. Tapi yang manis lebih banyak dari pahit. =.-

Jom tengok2 (^__^). Baca bismillah dahulu... bismillahirrahmanirrahim...


yang ini, kad raya dan kad ucapan hari lahir. Antaranya dari:
Nur Afizah
Hayati
Emma
Jennifer
Syazana
kazen-kak izzah
Khairiah
Izzati

Terima kasih! ^__^

dapat kad raya, kad hari lahir dan kad hari persahabatan..



Ini antara koleksi tag nama jadi AJK dan peserta masa sekolah menengah dan matrikulasi. Ada juga terselit kad keluar asrama masa di KML dulu. =)

Pernah jadi duta remaja Celcom dulu. Pengalaman sangat menarik!



Ini dari... erm..lupa.. hoho. Dari RV. Confirm! 

^__^



Ini dapat dari Syazana. Kawan masa SMKP dahulu. Tak lama lagi dia bakal mendirikan rumahtangga =)


Ini dari Elfera. Kawan masa KML merangkap kawan masa di UMP juga. Tahu-tahu ja purple. =)


Ole-ole dari Melaka. 


name tag masa jadi KRS dari form 1-5



Ini surat hari lahir bersama hadiah. Aishah memang suka menulis surat setiap kali bagi hadiah. Sebab, Aishah sangat 'sweet' orang nya. (^__^)

Rindu Aishah!



Ini hadiah kerongsang dari bumi kenyalang. Pemberian? Encik paam.
p/s: masih simpan lagi =D


Ini hadiah paling rajin diterima iaitu hadiah balang kaca dalamnya ada bintang banyak-banyak daripada Hidayah atau dikenali sebagai dayah. Dia ni nampak je lasak, tapi hati baik sangat. Sangat cool! teman yang bawa ronda naik skuter pergi teluk Villa masa kat Sabah dulu. 

Miss you dayah!

sebenarnya banyak lagi. Tapi barang-barangnya disimpan di UMP. Nanti dah balik sana, kita tambah lagi banyak-banyak. hoho. Tapi tak apa, ni entry khas untuk kawan-kawan dari sekolah menengah.

p/s: Bila agaknya dapat jumpa semua. REUNION.

(^___^)



The most used 4-letter word "LOVE"
VALUE IT. (surah Al-Rum 30:21)

sayang pada sahabat. Hargainya. =)





Friday, 24 August 2012

Barakallah sahabat!



Barakallah ya ukhti...

Semoga dikurniakan pasangan@imam yang soleh..dan anak-anak yang soleh dan solehah...

bak kata orang.. little khalifah yang soleh dan solehah.. insyaAllah

“Barang siapa di antara remaja berkahwin 

dalam usia muda ,maka menangislah syaitan

 . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku,

 agamanya telah dipelihara dari godaanku .” 

HR. Ibnu ‘Addi. 

notaungu untukku

Biar jarak memisahkan...

supaya lebih meminta & berdoa agar bertemu lagi satu hari nanti..

Semoga bertambah keimanan & ketakwaan..

Ujian dari Allah..

Kalau ada jodoh tak ke mana...
#copypaste#



Jangan mengharapkan soleh/solehah..sebaliknya, didik diri dahulu dengan sifat tersebut (pesanan buat diri sendiri).

lagu mahar cinta kiriman untuk didengari...

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu


Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran



Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap



Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

lagu: devotees
tajuk: Mahar cinta

~ insyaAllah. Hanya Tuhan yang tahu. Terima kasih kerana sentiasa doakan yang terbaik

p/s: Lama tunggu tapi mungkin masa belum sesuai. Terima kasih sebab memahami dan berusaha untuk menjadi yang terbaik

semuanya kerana Allah.

Jarak memisahkan untuk  menjaga kita. Subhanallah! 


bila nak habis belajar ni? 


doakan ^_^




sahabat.teman. till jannah. InsyaAllah.

setiap kata itu satu janji. pabila diri rasa yakin, mungkin baru berani kot kan?

banyak perlu dipelajari, banyak perlu ditimba

supaya diri tak kan terleka dan terlena dibuai perasaan yang indah tanpa ikatan yang sah. 

selalu berdoa agar dipertemukan imam/pelengkap rusuk kanan yang soleh/solehah supaya dapat membimbing ke arah kebaikan. 

Ajal. Jodoh. Rezeki. Rahsia Allah (^_^)

Kadang-kadang bila kita suka seseorang itu, boleh luah pada Allah. Itu jalan yang terbaik. Pabila ianya memang jodoh kita, insyaAllah Allah dekatkan kita dengan orang yang kita suka =)

sekian. Assalamualaikum!


Wednesday, 15 August 2012

Home made chocolate


oh chocolate!


Home made chocolate yang paling simple

ada 3 perisa. Jem strawberry, kismis dan kacang badam.

Senang je nak buat. Cubalah k? (^__^)


p/s: om nom nom...



Monday, 13 August 2012

Sanah helwa ke-22



Ada dua kemungkinan. Kita akan untung atau rugi dengan umur kita. Rasulullah S.A.W menyimpulkannya dalam dua kalimat iaitu "Manusia paling  baik ialah yang panjang umurnya dan baik amal perbuatannya. Manakala, manusia yang paling buruk ialah yang panjang umurnya dan buruk amalnya". MasyaAllah. Moga kita semua dalam kalangan mereka yang panjang umurnya dan baik amalannya. InsyaAllah..


ingat 5 perkara

SIHAT sebelum SAKIT
MUDA sebelum TUA
KAYA sebelum miskin
LAPANG sebelum SEMPIT
HIDUP sebelum MATI

moga kita semua diberi khusnul khatimah-pengakhiran umur yang baik. Subhanallah!

p/s: Sanah helwa ke 22 tahun, Hajar! (^___^) -wish untuk diri sendiri.. >.< 


Sekian.

Assalamualaikum



Chocolate Chip


Famous amos chocolate chip


cubalah. Sedap! gerenti. hoho. >.<

sebab apa bikin kuih ini? untuk hari raya. Nak makan. oh nom nom.. =D

sekian sahaja.... 

assalamualaikum

Wednesday, 8 August 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum

Erm..Tak sangka cepat sungguh masa berlalu kan?  sedar tak sedar, dah hari ke-20 Ramadhan. Maknanya, dah masuk 10 ramadhan terakhir, iaitu masa memburu lailatul Qadr. Bila masuk 10 ramadhan terakhir, elok kiranya bangun pada pertengahan malam dan menunaikan ibadah. Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar, pasti mendapat ganjaran yang sangat besar

*secara jujurnya ku belum cukup istiqamah menghidupkan malam lailatul qadar. Terasa malu dengan diri sendiri. Satu ketika dahulu bersama sahabat-sahabat menghidupkan malam Lailatul Qadar. Perasaan nya hanya Allah sahaja yang tahu.

KEDAMAIAN

KETENANGAN

sungguh, aku rindu akan waktu itu. =') 

antara sejarah malam Lailatul Qadar

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek
 umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang 
sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu. (copypaste) nak baca selanjutnya, check link ni---> http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3440-sejarah-malam-lailatul-qadar-janggut-lebih-keras-daripada-besi.html
Subhanallah, Allah S.W.T dah janjikan hadiah yang bermakna pada hambaNYA. Sekali sahaja dalam setahun. 
*mungkin dulu punya sahabat-sahabat yang sering memperingatkan dan mengajak. Tapi itu bukan satu alasan yang kini tidak boleh buat seperti dulu. ='( 
Mungkin bila kita tahu betapa besarnya ganjaran, mesti kita berusaha mengejarnya. Mungkin juga bila kita tahu saat ajal kita datang menjemput mungkin masa itu juga kita barulah bergegas berbuat kebaikan. MasyaAllah, jauhkanlah ku dari bersikap begitu. 

Salah satu ucapan hari lahir yang ku terima pada hari kelahiran ku baru-baru ini"Jangan terlalu gembira menyambut hari kelahiran kerana kubur sudah panggil mari" kata-kata ini mungkin kedengaran agak err.tapi sangat bermakna dalam diri kerana umur yang panjang jika diberi tetapi pabila tidak seiring dengan amal kebaikan yang banyak, umur itu adalah sia-sia. Tapi, tak terlambat untuk memperbaiki diri. Selagi masa masih ada kan? 
p/s: Aku hanya insan biasa yang sangat sangat banyak banyak kekurangan. Tolong dan bantu. Hamba Allah. Ya, aku hanya hamba Allah di tempat persinggahan ini. Jadi, jangan lalai! 


Pesanan: Biasanya kaum hawa akan diberikan cuti. Tetapi usah bersedih kerana kita masih diberi peluang. Kita boleh baca tafsir, dengar alunan zikir dan pelbagai lagi. La Tahzan. (^__^)


sekian, waalaikumussalam


Sunday, 5 August 2012

Sem 6

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalimah pertama yang mampu diucapkan usai selesai menduduki kertas terakhir iaitu subjek gene and technology. Alhamdulillah! Haru juga sem 6 sebab awal-awal nak biasakan diri dengan PSM 1 ditambah pula dengan beban subjek lain yang sangat mencabar. Sem 6 adalah sem di mana semua kerja harus dibuat dengan pantas. Tak boleh leka-leka. Sekali terleka, habis semua tergendala. Tapi bila fikir semula, muhasabah diri. Apa yang berlaku dalam diri bukan untuk membuat kita rasa susah tetapi akan buat kita berasa syukur atas setiap apa yang terjadi. Kerana semua yang terjadi adalah ujian daripada Allah

Allah tidak bagi apa yang kita inginkan, tetapi Allah bagi apa yang kita betul-betul perlukan.

Sem 6 banyak menguji. Banyak juga lah air hujan buatan sendiri tumpas mengalir. ehe. Bila telefon ummi suara mesti sebak sebab rasa berat sangat tak tertanggung. Ummi mesti nasihat, buat mana yang termampu, jangan paksa diri dan banyakkan doa solat hajat. Sem 6 je, rasanya 3 kali MS demam. MasyaAllah. Ubat usah cerita, banyak! sehari dua je makan. Lepas tu, terbiar je ubat tu. Membazir kan? 

Masa demam tu, baru dapat rehat. Barangkali, badan dah tak terdaya perlukan rehat. Tuan empunya badan memaksa diri. Allah bagi rehat. Masa tu, terasa berharga sangat nikmat sihat. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Iaitu, sihat sebelum sakit. Ya. 

Kesimpulannya: Bila ada masalah, jangan lari daripada masalah. Sebaliknya, kuatkan semangat. Kuatkan semangat dengan mengadu pada Allah kerana pada Allah adalah tempat sebaik-baiknya pengaduan. Peringatan ini buat diri sendiri. 

Imam Ghazali ada berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah sewakktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatim ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak engkau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati." 

Subhanallah ='(



Ku kembali bersemangat setelah berfikir akan nikmat yang telah dikecapi sebelum ini. Mana mungkin Allah bebani hambaNYA dengan apa yang hambaNYA tidak mampu. Allah beri dugaan pada hambaNYA apa yang hambaNYA mampu. Allah mengetahui segalanya melebihi apa yang kita sendiri tahu tentang diri kita (^__^)

Jangan bersedih

Jangan kecewa

Teruskan berusaha


Chayo! Chayo!

p/s: Keputusan peperiksaan semester 6 dah keluar hari tu. Alhamdulillah, walaupun tak DL dah, tapi apa yang dapat itulah yang terbaik buat diri ini. Bukankah Allah akan berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan semata-mata? =)



Untuk renungan diri.....

Sekian,

Wassalam


#notaungu 7


Ramadhan

Assalamualaikum

Kadang-kadang terfikir... 

Kenapa masa bulan Ramadhan, masa ni lah akan nampak ramai yang berpusu-pusu memberi derma? buat amal kebajikan?

Kerana...masa bulan Ramadhan, pahala akan berganda-ganda. Subhanallah

p/s: Tapi kalau amalan ini istiqamah, lagi bagus kan? kan. (^_^)

Salah satu hikmah berpuasa yang saya rasa sangat terkesan... supaya kita semua dapat merasa sendiri bagaimana mereka yang kurang berkemampuan tak dapat makan terpaksa mengikat perut demi sesuap nasi. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apabila kita semua berpuasa, kita rasa semua tu kan? (^__^)

manisnya berpuasa. Sayangnya hendak meninggalkan bulan Ramadhan. Setahun hanya sekali. Mungkin juga ini Ramadhan yang terakhir buat diri kita barangkali. Don't take for granted! 

p/s: Walaupun solat tarawih itu sunat, tetapi kalau kita dapat rebut peluang tu sebulan. Mesti best kan? jom rebut pahala berganda-ganda bulan puasa ni.... insyaAllah. Tetapi..tetapi. Solat fardhu yang wajib itu memang suatu kewajipan. Jangan tinggal! Puasa pun kewajipan. Jangan ponteng puasa ye kawan-kawan. ehe

Adik dah ada gigi

Assalamualaikum


Yang itu adik ku (sebelah kanan).  Adik bongsu yang paling banyak mulut dan kuat merajuk. Tapi kan, cara bercakap sangat matang sampaikan kadang-kadang macam orang dewasa. Dulu gigi depan dia tak ada. Dua batang gigi depan hilang gara-gara main kejar-kejar dengan abangnya dan jatuh di tangga. 


Kini...


ada gigi satu baru tumbuh. Satu lagi belum ada rezeki nak tumbuh. Kalau dulu, adik malu-malu nak senyum. Sekarang ni, boleh senyum dah. haha.. (^__^)


p/s: Rindu rumah, keluarga... ='(

Saturday, 4 August 2012

#notaungu 6

Apakah yang paling dekat dengan kita?

Jawapannya adalah kematian.....

Mr Siput


Ini adalah Encik Siput yang suka mengusha anak-anak bendi saya dan rakan-rakan. Sekali dia datang dekat kat anak-anak bendi saya dan rakan, mesti nanti anak-anak bendi nangis..hoho.. 

Jadi, cara nak atasi nya ialah taburkan serbuk kayu sekeliling tanaman. Dengan cara itu, dapat menghalang kehadiran siput. 

Tapi kesian juga siput, mesti dia nak tempat berteduh. Tapi, apakan daya.. Maaf ye encik siput...

p/s: Rakan saya, Farhain dah amalkan petua ni. (^__^)


sekian.

Assalamualaikum


Commissioned

Assalamualaikum


Alhamdulillah, pada 14 Julai 2012, secara rasminya ditauliahkan sebagai Inspektor Kor-SUKSIS. Majlis berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak.

Banyak kenangan manis dan tak manis..ehe.. Bukan tak manis, kurang manis. Tapi semuanya indah-indah belaka. Percaya atau tidak, bertahan juga selama 3 tahun walaupun pernah ada niat nak berhenti.

Nanti ada masa boleh cerita panjang-panjang =D

p/s: Kulit sekarang memang gelap tak boleh nak habaq macam mana. @__@


Gambar: Hiasan semata-mata. (^__^)

SAHABAT

Assalamualaikum.

Sahabatku,

Sahabat yang baik akan membetulkan kita pabila kita berbuat kesalahan mahupun alpa,

Sahabat sejati akan sentiasa berada di samping kita dan berusaha menggembirakan hati kita dalam suka apatah lagi dalam duka.

Sahabat yang berani apabila sahabat yang bercakap dengan penuh kejujuran pabila sahabatnya mahukan kepastian

Sahabat yang pemurah adalah sahabat yang akan memberikan apa sahaja walaupun dia tiada apa yang hendak diberi. Hadiah yang paling bernilai bagi seorang sahabat adalah doa...

Sahabat, terima kasih atas segala ikatan ukhuwah yang terjalin. Ikatan itu kuat dan kukuh andainya terbina atas dasar akidah kepada Allah.

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya". (Hadis riwayat al-Hakim)


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendngar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati". 


terima kasih sahabat. Syukran JZK


p/s: Mohon maaf atas kekhilafan diri ini sepanjang mengenali kalian. 










#notaungu 5


If you are harmed by the heat of the summer

And the dryness of autumn and the coldness of winter

And you are distracted by the beauty of springtime

Then tell me: when will you seek knowledge?

(Imām Aḥmad ibn Fāris al-Rāzī).....



p/s: tuntutlah ilmu sampai liang lahad... makin banyak ilmu, 

barulah kita semakin tahu yang kita sebenarnya banyak 

tidak tahu kerana ilmu Allah itu luas.. (^___^) umpama 

setitik air di lautan yang amat luas...Subhanallah... ♥


gambar: Ilmu tentang tumbuhan. Alhamdulillah sambil buat Projek Tahun Akhir, dapat juga berbakti pada tanah. Alhamdulillah..


Sekian. Assalamalaikum

#notaungu 4

Ku semakin mengerti, JARAK ini bukan untuk 

menghukumku, tetapi JARAK ini untuk menjaga ku dan dia.. 


(^__^)

#notaungu 3



Selalunya pemuda-pemuda di luar sana selalu akan tanya pemudi-pemudi yang dirasakan mereka berkenan di hati,

"awak pandai masak?"

Soalan yang samada seseorang wanita itu pandai masak atau tidak mesti menjadi salah satu kriteria utama untuk si lelaki menjadikan si wanita itu tadi suri di hatinya..

Apa kata nanti kita tanya kaum adam ni, adakah awak bersedia menjadi imam saya? imam keluarga nanti?

Peace!

p/s: Sangat kagum pabila melihat anak muda yang berani jadi imam mengetuai solat dan juga anak muda yang melaungkan azan. Subhanallah! Sesiapa yang berangan nak kahwin tu, jangan lupa 'update' diri tentang solat juga supaya dapat bimbing isteri dan keluarga till Jannah. (^__^)

Assalamualaikum

#notaungu2

Assalamualaikum


Pernah ada ruangan seperti ini sebelum ini, tetapi nota nya tidak sesuai dan mungkin juga macam tidak berfaedah barangkali buat diri mahupun pembaca. ^^, Mahu lari dan lari untuk perubahan ke arah lebih lebih baik. InsyaAllah. (^__^)


p/s: Harap-harap niat di hati tak macam hangat-hangat tahi ayam yakni buat kerja separuh jalan. =)


sekian.



#notaungu1

Bila sesuatu kemaafan yang tertangguh, pasti hati merasa tidak tenang. 

Mereka yang berani adalah mereka yang berani mengaku kesalahan diri,

Mereka yang kuat adalah mereka yang mampu tersenyum walaupun di kala susah dengan berkata 'Alhamdulillah'

Mereka yang berhati mulia adalah mereka yang memaafkan kesalahan orang lain... 

semalam, saya sempat tengok WHI dan segmen tentang kemaafan tertangguh. Tetamu jemputannya, Datuk Dr. Fadzilah Kamsah. Beliau ada kata, kalau kita memaafkan kesalahan orang lain, ia akan memudahkan keampunan Allah. Redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Begitu juga redha orang sekeliling. Betul tak?(^__^)

Selalunya orang akan maaf bermaafan pabila tibanya aidilfitri. Kenapa ye agak2? barangkali dah menjadi satu kebiasaan. Malah, pasti malam raya kita akan dapat pesanan ringkas. Antaranya: 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..

Selamat Hari Raya. 0-0 ea?

Di kesempatan hari raya ni, aku nak minta maaf kat ko...

sebagainya.......

Alangkah bagusnya tiap-tiap hari kita minta maaf sebab kadang-kadang tanpa kita sedari, saban hari kita ada melakukan kesalahan. Tanpa sedari. ='( Saya juga begitu, tak terlepas. Kadang-kadang ikut kehendak diri sendiri tanpa memikirkan perasaan orang lain. Itu pasal kadang-kadang hati sendiri disakiti sebab nya kita pernah melakukan kesalahan yang sama. Subhanallah! 


p/s: Sebelum tidur, kita maafkan orang lain dengan harapan orang lain pun akan maafkan kesalahan kita. Manalah tahu, esok lusa kita tiada lagi di tempat persinggahan sementara ini..... (untuk peringatan diri terutamanya).