Sunday, 5 August 2012

Sem 6

Assalamualaikum W.B.T

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalimah pertama yang mampu diucapkan usai selesai menduduki kertas terakhir iaitu subjek gene and technology. Alhamdulillah! Haru juga sem 6 sebab awal-awal nak biasakan diri dengan PSM 1 ditambah pula dengan beban subjek lain yang sangat mencabar. Sem 6 adalah sem di mana semua kerja harus dibuat dengan pantas. Tak boleh leka-leka. Sekali terleka, habis semua tergendala. Tapi bila fikir semula, muhasabah diri. Apa yang berlaku dalam diri bukan untuk membuat kita rasa susah tetapi akan buat kita berasa syukur atas setiap apa yang terjadi. Kerana semua yang terjadi adalah ujian daripada Allah

Allah tidak bagi apa yang kita inginkan, tetapi Allah bagi apa yang kita betul-betul perlukan.

Sem 6 banyak menguji. Banyak juga lah air hujan buatan sendiri tumpas mengalir. ehe. Bila telefon ummi suara mesti sebak sebab rasa berat sangat tak tertanggung. Ummi mesti nasihat, buat mana yang termampu, jangan paksa diri dan banyakkan doa solat hajat. Sem 6 je, rasanya 3 kali MS demam. MasyaAllah. Ubat usah cerita, banyak! sehari dua je makan. Lepas tu, terbiar je ubat tu. Membazir kan? 

Masa demam tu, baru dapat rehat. Barangkali, badan dah tak terdaya perlukan rehat. Tuan empunya badan memaksa diri. Allah bagi rehat. Masa tu, terasa berharga sangat nikmat sihat. Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Iaitu, sihat sebelum sakit. Ya. 

Kesimpulannya: Bila ada masalah, jangan lari daripada masalah. Sebaliknya, kuatkan semangat. Kuatkan semangat dengan mengadu pada Allah kerana pada Allah adalah tempat sebaik-baiknya pengaduan. Peringatan ini buat diri sendiri. 

Imam Ghazali ada berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Carilah sewakktu bangun membaca Al-Quran. Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatim ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika tidak engkau temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati." 

Subhanallah ='(



Ku kembali bersemangat setelah berfikir akan nikmat yang telah dikecapi sebelum ini. Mana mungkin Allah bebani hambaNYA dengan apa yang hambaNYA tidak mampu. Allah beri dugaan pada hambaNYA apa yang hambaNYA mampu. Allah mengetahui segalanya melebihi apa yang kita sendiri tahu tentang diri kita (^__^)

Jangan bersedih

Jangan kecewa

Teruskan berusaha


Chayo! Chayo!

p/s: Keputusan peperiksaan semester 6 dah keluar hari tu. Alhamdulillah, walaupun tak DL dah, tapi apa yang dapat itulah yang terbaik buat diri ini. Bukankah Allah akan berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan semata-mata? =)



Untuk renungan diri.....

Sekian,

Wassalam


No comments:

Post a Comment