Tuesday, 28 August 2012

Okra

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim.,

Okra.. nama lain bagi bendi. Oleh sebab Final Year Project (FYP) saya berkaitan bioteknologi tapi ada juga  disuntikkan elemen pertanian. Saya dan empat rakan lagi belum biasa bergelumang dalam bidang pertanian secara teliti dan menyeluruh. Kalau hanya nak tanam satu dua pokok tu pernahlah. Tapi, kali ini kami kena tanam dan jaga dalam 30 polybag. Tapi sebenarnya pengalaman itu sangat menarik. Cuma, banyak risiko nya. 


Banyak kan siput? 

pic kredit to: Farahanna


Baru-baru ini, dapat khabar daripada salah seorang kawan kumpulan yang tanaman kami diserang siput.. ='( ohhh..berita itu sangat menyedihkan. Macam mana kami nak siapkan FYP kami kalau benda-benda macam ini terjadi. Banyak cabaran. Sebelum ini je pun, dah pelbagai cabaran kami terpaksa tempuhi. 

Muhasabah diri balik..

Bila kita ikhlas buat sesuatu, insyaAllah Allah akan tolong. Buktinya, saat kami kematian idea nak memikirkan bagaimana nak letak sample IMO kami, ada pak cik yang menolong. Encik Atan namanya atau nama sebenarnya Tuan Hanafi.

Bila IMO tak jadi, kami berusaha cari tempat lain. Tapi tak berhasil. Puas memikirkan. Tetapi, alhamdulillah, berkat pertolongan Mak Cik Milah, saya berjaya. Hasil rundingan dengan Mak Cik Milah, Mak cik mencadangkan kami meletakkan sampel IMO di kawasan rumahnya kerana ada pokok buluh di situ. Tengok! Allah permudahkan urusan.

Alhamdulillah!

#Makcik Milah merupakan seorang makcik yang sangat sangat baik dan prihatin. Mak cik ini dah saya anggap macam mak saya di asrama. Sebabnya, sebelum nak pergi kelas mesti berborak dulu sebab makcik Milah bekerja di UMP dan selalu lepak di surau dengan rakan-rakannya. Pergi rumah makcik Milah dah dua kali. Setiap kali pergi mesti dapat ais krim Malaysia yang dua posen tu dua batang. hoho. suka suka >__<

Bila nak tanam bendi kami, kami perlukan pembekal tanah dan polybag. Maizatul Farhain tolong deal kan dngan pak cik Ahmad. Betulkan Pakcik Ahmad? ramai sangat. Takut tertukar-tukar nama. Sekali lagi, Allah permudahkan urusan.

Alhamdulillah!

Seorang lagi yang sentiasa membantu kami adalah pegawai makmal iaitu Encik Husaini. Bila nak cari instrument, chemical substances, etc di makmal.. Beliaulah kami cari. Orang yang paling sibuk di lab dan banyak berjasa. 

Benarlah kata orang. Mana mungkin kita tidak diuji walaupun dengan sedikit ujian. Ujian itu adalah penguat hati dan sejauh mana kita berusaha dan berdoa pada Allah. Itu baru sedikit ujian jika dibandingkan dengan ujian umat manusia dahulu.

Ini umpama saya yang sabar menunggu pertumbuhan bendi. ehe
kredit pic to: RV (nama samaran) 


Nikmat manis apabila Allah mentarbiah kita dengan pelbagai ujian. Ini adalah antara ujian yang perlu saya hadapi sepanjang buat FYP saya. =)

jadi, kena sabar.



Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa 

kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa 

pergantungan jika tiada kepayahan..


 syukran jazilan =)


Berkata Saidina Ali K.W. : “Kelemahan adalah

penyakit, kesabaran adalah keberanian, zuhud adalah

 kekayaan, wara’ adalah perisai dan sebaik-baik teman

 ialah yang mempunyai sifat redha”




sekian, 

29 Ogos 2012

7:42 a.m


No comments:

Post a Comment