Sunday, 2 September 2012

Seni

Assalamualaikum!

Cuti semester baru-baru ini, selain mengasah bakat jadi surirumah tak bertangga..ecece.. surirumah sementara. menjinakkan diri juga dalam seni. Saja nak cuba tengok agaknya tangan ni kreatif atau tak.hoho. Google2, tengok youtube..akhirnya jumpa seni yang menarik dan boleh rasanya nak cuba. Iaitu 

quilting

seni ni gunakan kertas, gulung-gulung atau buat bentuk. Kreatif betul pemula idea ini kan? Siapalah agaknya. 

Seni ini tak susah sangat bagi yang suka mencuba tetapi perlu rajin dan bersabar sepanjang nak buat quilting ni dari awal sampai akhir. =) 

Sebelum balik teratak ilmu, sempat buat dua plak quilting tulisan nama.. 


ini dia hasilnya

percubaan pertama tak berapa nak kemas, tapi ok ok lah kan? >_<

Nak tahu macam mana saya buat? jangan risau, tangan tak akan luka cuma letih..hoho

 STEP 1-


print tulisan ni atas sehelai kertas keras. Yang ni kira macam platform nak buat seni ni. 

STEP 2-


 lepastu, gunting kertas panjang-panjang agak2 berapa sizenya dan buat macam yang di atas pada setiap tulisan. Step ni paling mencabar kesabaran ku..ohoh

STEP 3- 


susun dan susun akhirnya jadi macam ni. Lega! 

STEP 4- 


sediakan kertas warna warni macam ni untuk proses seterusnya iaitu hiasan dalamannya..

STEP 5-


gulung-gulung kertas tu. Nak senang, maka saya gunakan lidi supaya kerja lebih mudah, cepat dan kemas. =)

STEP 6-



dah siap gulung, susun pula dalam frame tu. susun cantik-cantik tau. =)

p/s: tapi saya buat tak adalah kemas sangat. =.=!

STEP 7-


taraaa!! akhirnya siap. Benda ni kalau tekun buat, insyaAllah boleh cepat siap. 

p/s: Jangan leka buat benda ni sampai solat lambat, kerja rumah tak buat sudahlah ye. =)

Ini hanya pengisian di waktu lapang..

hobi macam tu. =D


selamat mencuba!

Waalaikumussalam.


No comments:

Post a Comment