Wednesday, 19 September 2012

Okra 2

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...


Kali ini saya nak kongsi tentang pertumbuhan okra/bendi saya. Kenapa pasal bendi? sebab projek tahun akhir saya berkisar tentang penanaman bendi kerana nak tengok keberkesanan baja yang kami sendiri hasilkan. Bagaimana penghasilan baja nya, rasanya saya ada kongsi pada entry yang lepas-lepas. 

Penantian itu satu penyeksaan. Eh, tak. Ini lagu sahaja. Sejujurnya, menanti bendi tu nak tumbuh memang satu perkara yang berdebar macam nak tunggu kelahiran seorang bayi. Ibarat nya, saya ni menunggu bila baby okra ni nak tumbuh. Macam-macam dugaan dah dihadapi. 

Pokok mati dikacau oleh Mr. Siput


dikacau oleh belalang, sampai ada yang daunnya berlubang sebesar 0.50 sen. 

Bila hujan lebat sangat, pokok pun patah sebab ada antaranya yang masih lembut lagi.

Ada yang layu. 


withered


Kesian. ='(

sedih rasanya bila tengok anak-anak pokok jadi macam ni. Setiap petang pergi tengok keadaan anak pokok, siram dan buat apa yang patut. Orang kata kena cakap selalu dengan pokok. Baru dia tumbuh dengan baik. Setiap kali datang kebun saya memang selalu cakap dengan mereka. Done! 

Rasa tenang je bila ada kat kebun sebab diri sendiri merasa ketenangan. Sebenarnya mana-mana tempat kita akan rasa bahagia atau tenang jika kita sendiri berhajat untuk merasakan sebegitu. :)

Berbudi ada tanah, menuntut kesabaran dan keikhlasan. Apatah lagi pengorbanan hendak-hendaknya apabila pertama kali melakukan perkara ini dalam skala yang besar. 

Best sebenarnya berbudi pada tanah. 

bertani itu satu ibadah. Alhamdulillah. 


“ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.” Hadis riwayat Muslim

Masya Allah! banyak manfaatnya. InsyaAllah, lepas bendi ni tumbuh/harvest 2 dan 3 kali selepas saya dah selesai analysis. Bolehlah bendi ini diagihkan kepada makcik-makcik yang dikenali dan rakan-rakan. InsyaAllah!


Ini gambar sebelum balik (14 September 2012)


Ini pula hasilnya pada 19 September 2012. 
height of okra recorded: 14.5 cm
criteria: corn


19 September 2012
criteria: soy bean

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Benarlah orang kata, kalau kita bersabar pasti ada manisnya. Bersabar itu ada 2 tahap dan tahap pertama adalah yang sangat bagus sekali. :)

Bila kita diuji, itu bermakna Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan kepada diri kita. Supaya kita berpeluang koreksi diri. Nampak tak di situ? 

Allah S.W.T sungguh kasih dan Maha Pengampun terhadap hambaNYA.

HambaNYA sahaja yang selalu kadang lupa. Kadang terlalai. Itu sebab hati kita diketuk dengan ujian dan dugaan supaya kita bingkas tersedar dan sedar. 

Di sini saya nak kongsi dan selitkan tentang solat sunat taubat. Sangat berguna. Jom sama-sama kita lakukannya. 


Sekian akhir kalam.

Syukran JZK

p/s: Kadang-kadang ada yang rajin baca waktu pagi. Rindu katanya. 

Assalamualaikum.








No comments:

Post a Comment