Aku punya hati
Juga punya perasaan
Kini rasanya berbaur
Antara ada rasa ataupun tidak
Manis ataupun pahit
Aku selalu berusaha untuk jadi ‘cool’
Walaupun hati ini serapuh biskut
Bukan aku tak cuba
Tetapi puas sudah aku cuba saban hari demi hari
Pengorbanan masa, wang dan tenaga
Subhanallah!
Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku diuji sebegini berat
Muhasabah diri sedalam-dalamnya
Mungkin kerana aku mampu menghadapinya
Allah lebih tahu apa yang hambaNYA tidak tahu
Sebenarnya aku memendam rasa
Rasa sedih, kecewa dan berharap
Ianya membawa harapan keluarga. Dan itu yang sebenarnya
sangat penting
Aku perlukan sokongan. Bukan diri ku dibiarkan terkontang
kanting di sini
Kerana aku masih berlatih, merangkak. Perlu ditunjuk ajar
Ya Allah! Hanya MU ya Allah mengetahui sejauh mana kekuatan
hambaMU ini.
Aku sentiasa menggantungkan harapan pada Allah kerana ku
tahu hanya pada Allah tempat bergantung satu-satunya
Aku juga perlukan sokongan keluarga, rakan-rakan dan
sekeliling
Tolonglah faham…
Ya Allah, Ya Rahman ya Rahim…. Bantulah hamba ini
Alhamdulillah ku punyai teman yang sentiasa bersama….
Aku pernah menangis, geram, kecewa dan sedih
Tetapi aku selalu selalu berusaha membuat hati aku gembira
Kerana aku tahu dengan cara itu dapat membuat sekelilingku
gembira
Jadi aku akan gembira juga.
Semogasegalanyadipermudahkan :’)
Jadi..aku perlu kuat. Dan engkau juga begitu.
Allah ingin berikan ku yang terbaik. Itu sebab diri ini diuji. Aku insan terpilih.
Bersyukur dan bersabar
ianya berat. Tetapi aku perlu kuat! ye. perlu!
p/s: Sekarang ni ramai cakap fizikal ku makin susut. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin terlalu banyak memendam rasa dan banyak kerja kot. ='(
doakan saya diberi kesihatan dan kelapangan...
Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN..
Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian. Tiada rasa
kehambaan jika tiada kepasrahan. Tiada rasa
pergantungan jika tiada kepayahan.



No comments:
Post a Comment