jauh aku merenung tajam kotak itu
menanti sesuatu yang menarik akan tiba barangkali
entah akan tiba atau pun tidak
aku sendiri tidak tahu
tapi yang pastinya aku sentiasa setia menanti
bukan aku tak tahu
dan bukan juga aku tak mengerti
aku mahu ruangan itu berfikir sejenak
jangan biarkan kotak itu kosong
kosong dan sepi
adakah itu yang sebenarnya mahu
dalam kehidupan ini
aku tidak tahu
sedari dari ruangan itu mungkin aku tidak seperti dahulu
yang hanya menurut dan mengiakan
aku bukan patung dan patung itu juga bukan seperti boneka
yang bila mahu dipasangkan kunci
lalu berpusing lah ia mengikut rentak apa yang engkau mahu
sepi kosong sunyi
jatuh hanya pecah berderai
tidak mampu untuk bercantum semula
manakan tidak
oh tidak tidak
jika diaju dan diasak persoalan
pasti ruangan itu sepi seketika
hanya kedengaran bunyi unggas dan mungkin angin yang menderu
sini hujan dan hati ini juga hujan
setia menanti sampai bila
sampai bila
ruangan itu pasti akan menyinar kembali
itu pasti
barangkali
entah tidak pasti.....
sedih....
No comments:
Post a Comment