Ini nak cerita tentang masa cuti sempena hari Malaysia 16 September 2012. Oleh sebab ada cuti lebih, jadi memang tak dilepaskan peluang untuk balik ke rumah. Yahoooo!!
Home Sweet Home
Dekat tak dekat, 4 jam juga dari kampus ke rumah. Tapi saya percaya, rumah adalah so sweet sebabnya di situ tempat semua orang yang sweet ada. Yang selalu setia mendengar segala suka dan duka kita. Itu sebab rumahku, syurgaku.
Jadi, saya memang suka balik rumah! boleh recharge diri bila rasa diri ini tak cukup kuat. Subhanallah!
Bila kat rumah, hilang masalah. Buku? assignment? tak ingat dah. hoho
Back to the story..Itu hari saya sempat ke Taman Botani Perdana bersama ummi, ayah dan adik bongsu. Ini gara-gara saya yang dah besar ni begitu sedih memaksa ayah cari di mana Taman Botani Perdana. Oh, dengan GPS dan sign board, alhamdulillah jumpa!
Antara saya dan adik bongsu yang terlebih teruja adalah saya sebab kat sana banyak sangat bunga.! pemandangan cantik!
Tetapi bila adik nampak ada taman permainan yang dah macam wonderland, dia yang lebih-lebih teruja! I tell u adik. hoho
fantasy planet
adik bongsu! comel!
Cantik kan bunga ni?
Subhanallah!
Selalu tengok dalam cerita kartun, akar pokok macam ni ada mata.. hoho. Itu helah kartun je.. ;)
Beca diapit oleh bunga-bunga yang cantik. Tahniah DBKL sebab cantik dekorasinya :)
Ini namanya big children yang tanpa segan silu pergi ikut adik naik jambatan gantung yang selalunya budak-budak kecil je naik. =')
Jom tengok antara pokok/bunga yang sempat dirakam oleh lensa hp. Tak bawa kamera giant tu. Kamera hp yang tak berapa canggih ni je ado. =')
Ini pokok mas cotek
geli sikit bila tengok pokok ni.errr
antara jenis jenis pokok teratai barangkali
warna ungu harus ado..ehe
buluh kuning
siapa lah yang tak tergoda bila tengok tempat permainan macam ni? =p
Makan ais krim mesti ada. Yummy (n__n)
Akhir sekali, gambar saya bersama ibu dan ayah tersayang. Lots of love.
Sebenarnya, bila berjalan-jalan ini, bukan saja-saja nak berjalan. Banyak dapat pengalaman sebenarnya
Dapat tengok tempat orang
Dapat tengok bunga-bunga yang cantik. Maka, ucapkanlah subhanallah! cantiknya alam, indahnya alam ciptaan Allah. Dah dapat satu pahala sebab berzikir.
Nampak tak betapa mudahnya dapat pahala..
kalau masa jalan-jalan tu, nampak sampah atau halangan yang akan mendatangkan mudarat pada orang lain, alihkan. Dapat 2 pahala. Bersihkan alam dari kekotoran dan permudahkan jalan dan elakkan bahaya pada orang lain.
Dapat eratkan silaturrahim sesama keluarga dan insan...
Tapi jangan tambah dosa sebab masa jalan tu, mata mesti melilau sana sini. Nak nak bila nampak kot kot ada yang tak berkenan di hati, jangan cepat berkata yang tidak baik pada orang. Bersangka baik itu perlu. :)
Bila melihat keindahan alam, pasti menambah harga diri.
Kalau nak lihat hubungan kita dengan Allah macam mana..Orang kata;
Lihat hubungan kita dengan alam, bagaimana? macam itulah hubungan kita dengan Allah.
Subhanallah!
jangan kita selalu melakukan kerosakan atas muka bumi dan alam sekitar semata-mata demi kepentingan diri dan atas jangka masa pendek.
Kalau x, kita sendiri akan ditimpa musibah atas perbuatan kita sendiri. Nauzubillah.
Allah berfirman: "Timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak rasakan mereka sebahagian daripada balasan per buatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (ar-Rum (30): 41).
Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga dan menghargai alam sekitar. Sayangi alam. Jangan nanti ada satu soalan yang kita mampu katakan
Adakah tempat lain yang saya boleh pergi dan tuju?
='(
Please help save the world. Advice for me too...
InsyaAllah..
p/s: Ini gara-gara silent readers yang suruh update blog. Baca juga rupanya.
Syukran.
Assalamualaikum!

No comments:
Post a Comment