Sunday, 9 September 2012

Perjuangan

Assalamualaikum

Entry ini ditulis kerana mencari sedikit pengertian dan mendapat permintaan dari seorang sahabat yang sangat akrab. Kami kawan dah lama! Alhamdulillah. Tautan ukhwah itu masih terbina utuh walaupun terpisah oleh jarak kerana DOA itu penting.

p/s: Susah hendak lelap mata. Maka, lahirlah entry ini. 

"The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without growing apart.."

dia mendapat satu tanggungjawab yang agak besar. Dalam pertimbangan dan masih lagi kemas tersimpan sebagai rahsia. 


gambar hiasan sahaja ^^,

Sampai masanya bila sedia, pasti akan ku tahu cerita itu. 

Selalu sokong dan akan terus beri sokongan walaupun dengan doa... Supaya dirimu akan sentiasa tabah dan sabar menghadapi setiap dugaan

“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian. ” 

(Surah at-Tin:ayat 4)

Maka, pastinya dikau boleh. Bukan tidak layak, tetapi belum sampai masanya. Mungkin ini sudah sampai masanya kan?

Sekiranya Allah mengkehendaki kebaikan pada diri seseorang, pasti Allah akan menguji. 

Engkau insan terpilih. Pasti Allah tahu yang terbaik untuk dirimu. Percayalah



Semua orang inginkan kegembiraan, namun tidak mahu akan kesakitan/ujian.. Tetapi kita tidak boleh menikmati PELANGI andainya tanpa sedikt pun HUJAN :)


Perkara dunia dan akhirat adalah satu perkara yang berbeza. Tetapi, perkara dunia dapat membimbing kepada perkara akhirat. Jadi, gunakan masa persinggahan ini sebaiknya untuk mendapat kemanisan hidup pada tempat selamanya. 

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian

namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang 

memberi suntikan semangat perjuangan. Alirkan halawatul ukhwah, 

kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati.. Fighting! 


Ku sangat berbangga kerana dirimu memilih untuk berubah. Pastinya berubah 

ke arah kebaikan. Semoga istiqamah ye. Bukan senang hidayah itu datang. 

Jadi, saat ianya hadir, jangan pernah lepaskan. Apa yang terjadi pasti ada hikmah.



    “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
    [al-Ankabut, ayat 69]

Sama-sama kita memperbaiki khilaf diri dan berusaha koreksi diri ke arah yang lebih positif. Bila kita fikir positif, insyaAllah... Tindakan itu akan selari dengan pemikiran. Fikirkan boleh, jangan mudah berputus asa. 

orang Sarawak kata, agi hidup agi ngelaban. Hoho

Selagi Allah titipkan nafas dan penglihatan pada kita, jom sama-sama berusaha menuju mardhatillah. Doakan aku juga. 


Kita selalu mengharapkan kehidupan seindah dan seromantis 'fairy tale' dan filem cinta korea yang hanya ciptaan manusia. Semuanya konon indah belaka. Tetapi kenapa kita tak berfikir yang sebenarnya kehidupan yang Allah berikan dan kurniakan sangat-sangat indah dan bermakna. Bersyukurlah atas nikmat dan bersabarlah atas ujian.

Moga engkau akan terus sabar dan sabar.

p/s:Muka akan berubah, tetapi yang penting hati =D

Saat kita rasa gembira dan saat kita rasa rebah dan tersungkur, mengadulah pada Allah dan minta kawan untuk selalu ingatkan kita. Biasalah, manusia... kadang-kadang alpa dan leka.. 

p/s: Jangan hanya meminta pada Allah tika sedih, sebaliknya tika gembira juga. Alhamdulillah!


minta dinasihati


Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-

kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan 

dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah 

mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka 

hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang 

dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..



mode: Rindu akan gelak tawa dan saat galas beg pergi sekolah suatu ketika dahulu =')


tulus ikhlas, =)

mode: Doakan aku, engkau dan semua sentiasa berada dalam rahmat Allah dan dipermudahkan urusan. Doakan ku juga. Ohya, Selamat menempuhi semester baru@semester akhir kepada diriku sendiri dan rakan-rakan. Pada dirimu, ahlan wasahlan kepada semester baru. Kepada student baru, Ahlan Wasahlan. 



Tak lama lagi, tak lama lagi. InsyaAllah. ;)

No comments:

Post a Comment