Sunday, 23 September 2012

SMKP part 1

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Hmmm... Tetiba ingatan dan fikiran 'flashback' masa zaman matrikulasi dulu. Sungguh! ku rindu! Matrikulasi ku dulu bukan alang-alang tempatnya. Matrikulasi Labuan tu. Jauh kan? =) Tempat tu ku kenang sebab tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan mengajar erti persahabatan kerana akidah yang pastinya kerana Allah S.W.T.

Macam mana boleh masuk KML?

sebab..kami sekeluarga ikut ayah yang dapat naik pangkat. Jadi, kena berhijrah ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah! 

Sebelum ini memang tak terfikir akan menjejakkan kaki ke sana sebab nak kena naik kapal terbang lagi..kos tinggi kalau saja-saja nak pergi sana. Tapi, alhamdulillah kami dapat peluang merantau ke negeri orang. 

Masa nak bertolak ke sana tu, macam-macam fikir sebab sebelum ini tak pernah lagi merantau ke negeri orang. Rasa sedih sangat sebab masa nak pindah tu end of the year 2004. Jadi, tak dapat nak jumpa kawan-kawan sebab masa tu tengah cuti sekolah, tak dapat salam cikgu-cikgu sekolah. Saya pindah on the spot! ='(

Tetapi, masa di airport, keluarga sebelah ayah@adik beradik ayah ramai datang. Penuh juga airport tu. eh hiperbola! hoho. Ramai ahli keluarga datang untuk hantar kami. Seriously, terharu. =')

Sampai-sampai di airport Kota Kinabalu (KKIA), kami diambil oleh orang pejabat ayah dan dihantar ke hotel namanya Sutera Harbour. Antara tempat penginapan yang eksklusif dan sangat sangat cantik! 

Selepas beberapa hari, kami pun dapat rumah. Tetapi rumah sewa je lah. Kami dapat sewa rumah dekat kawasan namanya Putatan. Rumah pun kawan ayah yang uruskan. Ingat lagi, depan rumah kami ada sebatang pokok kelapa. ehe. Tapi, kami tinggal di kawasan perumahan yang suasana nya sangat mendamaikan. Feel good! 

2005, kena mendaftar masuk sekolah. dup dap dup dap. berdebar nak masuk sekolah baru sebab sebelum ni dah biasa kawan-kawan dari sekolah rendah. Ini kena masuk sekolah baru dan pastinya dapat kawan baru, cikgu baru dan paling penting bahasa baru. Tapi ku ok je sebab best sebenarnya bila kita ada pengalaman baru. kan? 

Masa masuk sekolah baru,ohya! namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan. Unik kan nama? =) Masa nak daftar sekolah baru tu, ummi je teman sebab ayah kena lapor diri hari pertama kerja. 

Masa tu, dapat tahu masuk kelas itu ini.. Saat itu tak tahu apa-apa. Ummi pun kena balik sebab ada urusan lain. Jadi, aku kena masuk kelas seorang diri tanpa ditemani ummi. Masa itu, dekat bilik guru itu juga, ku menangis. hoho. Bila ingat balik, rasa malu sebab masa tu umur dah 15 tahun. Saya menangis? hoho. Sudahnya, cikgu temankan sampai masuk kelas. Alhamdulillah. 

Masa tu, masuk kelas 3 Harmoni. Kebetulan masa masuk kelas tu, pelajar lain tengah belajar subjek agama Islam. Masuk-masuk je kelas terus salam Ustazah dan ustazah suruh duduk kat tempat yang kosong. 

Masa itu, tak berkenalan lagi dengan kawan-kawan sebab tengah belajar + malu sebab jadi budak baru. =')

Usai je kelas tu, ramai datang tanya. Jadi masa tu perkenalkan diri. Masa itu, ku disapa paling awal oleh Ermawati namanya. Masa rehat, dia pergi bawa dari kelas ke kelas untuk perkenalkan dengan kawan dia yang lain. Seronok sebab masa itu dapat kawan ramai. 

Secara jujurnya, rakan-rakan sana sangat sangat baik dan peramah. Walaupun ku cuma minoriti di situ dan tak ramai pelajar dari semenanjung, tetapi mereka menerima kami secara terbuka dan mereka memang sangat baik. 

Itu pasal bila ada yang mengutuk macam-macam keadaan di Sabah itu dan ini..aku sangat marah dan geram sebab mereka hanya bercakap apa yang mereka dengar dan apa yang mereka tidak tahu. 

Masa kat sekolah tu, belajar cara nak makan nasi lemak/mee dalam plastik. Benda baru yang belajar katt sini. Serius, unik tau. Nasi lemak/mee akan dibungkus dalam plastik dan makan dari situ je. Ikutlah nak makan macam mana caranya sebab banyak cara. hoho. Aku ambil masa 3 bulan juga nak master makan macam tu. Best! 

sebelum terlupa, masa tu pun ada juga rakan kelas yang mix semenanjung. Ibunya dari Sabah, bapanya dari semenanjung. Cuma nya, dia dah lama duduk di Sarawak. =) namanya Siti Aishah. Sweet kan nama nya? macam orangnya. (^_^)

Macam-macam yang aku tempuhi masa tingkatan 3 di SMKP. Bila nak periksa Penilaian Menengah Rendah, mesti akan belajar berkumpulan. Sama-sama bincang sampaikan masa tu aku siap order buku latihan dari maktab adabi. Semangat kan? alhamdulillah keputusan 7A1B.. Yang B tu, macam biasalah. Matematik! 

Masa form 3 tu juga, ada ura-ura ada seorang budak ni pandai matematik dan melukis. Wah. Tapi masa tu aku tak tahu siapa empunya badan. 

Masuk tingkatan 4, ku jadi pembimbing rakan sebaya. Masih 4 Harmoni sebabnya ambil aliran sains. Sebenarnya, aku dapat tawaran masuk Sekolah Menengah Sains Sabah. Tapi tapi tolak tawaran sebab nak duduk rumah je.hoho. Sekolah harian je best. =D 

walhal tak bersedia nak duduk asrama lagi barangkali. Dasar anak manja! walaupun anak sulong. Eh, itu bukan manja. Itu mengada namanya. =.=

Tapi tak mengapa, walaupun aku belajar di SMKP je, aku banyak belajar benda baru dan cikgu-cikgunya pun bukan sebarang cikgu. 

Masa tu masuk usahawan muda dan macam-macam program. Ohya, masa sekolah dulu aku masuk Kawad Remaja Sekolah (KRS) tapi malas kawad. Ponteng aje. hoho. Dan masa sekolah dulu aku minat masuk acara lari marathon gitu macam merentas desa. Pernah sekali je jadi wakil sekolah tapi tak menang sebab tergelincir. Nasib je masa tu tergelincir tak masuk longkang. Sedih!

Masa acara larian 3000 m. ada ye acara ni? lupa..masuk masuk dapat no.3. Jadi terpilih masuk final. Tapi, masa final tak dapat lari gara-gara masa tu muntah muntah teruk. Pening kepala yang amat sangat. Sedih sekali lagi.

Masa tingkatan 3 itu barulah dapat berkenalan dengan budak pandai melukis dan matematik tu. Gara-gara masa tu aku dapat pesanan khidmat ringkas (SMS) bahasa Jepun. Puas cari siapa pemilik nombor tu. Jumpa! jadi, kami berkawan dari saat itu sampailah sekarang. Alhamdulillah tak pernah 'lost contact'. 

Bila masa hari lahir ku je, mesti dapat hadiah yang unik-unik dan comel. Kalau nak beritahu satu-satu mesti tak habis sebab banyak sangat. Ada sampai satu hari tu, dia demam gara-gara siapkan komik dan ku terima masa hari lahir. Dia letak bawah meja je. Bawah meja? bukan bagi face to face. hoho. Sebab masa tu dia tak datang sekolah sebab demam. Datang sekejap je sebab nak hantar benda tu. Touched =')

Sekarang, kau di tempat lain, ku di tempat lain tetapi niat masih sama iaitu menuntut ilmu. Sekarang kau diberi tanggungjawab yang sangat besar. Dan kau perlukan semangat dan nasihat. Jadi mana mungkin ku lupa. Aku tetap akan menyokong apa yang kau lakukan dan sentiasa doakan agar segala urusan dipermudahkan. 

Terima kasih sebab menyimpan lafaz sekian lama. Faham! =)

semoga kau terus istiqamah memperjuangkan syiar Islam. 

Sekarang, semua cerita zaman sekolah dah berlalu tetapi kenangan akan tetap terpatri dalam hati selagi hayat dikandung badan. 

Ohya! dulu aku pergi sekolah pakai beg selempang, kasut converse tak pun north star sampaikan cikgu kaunseling kata macam tomboy2 je pakai baju kurung beg selempang. hoho. That's who I am. Tapi masih menutup aurat. Alhamdulillah. =)

nanti aku sambung cerita tentang zaman tingkatan 5 dan matrikulasi pula.. 

sekian.

Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment