“Mencintai seseorang bukanlah apa-apa. Dicintai seseorang adalah
sesuatu. Dicintai oleh orang yang kau cintai sangatlah bererti. Tapi,
dicintai oleh Sang Pencipta adalah segalanya.
dan.. suka tak semestinya bercinta.
bercinta tak semestinya ada jodoh.
kerana....
kalau ada jodoh tak akan ke mana..
Ya Allah,
saat ku punyai sahabat yang sentiasa mendoakan ku, ingatkan ku agar turut panjatkan doa untuk dirinya juga walaupun di mana kami berada..
Ya Allah,
Peliharalah hubungan ku dan sesama insan...
Ya Allah,
Jika ku ingin jatuh cinta, temukanlah ku dengan seseorang yang mencintaiMU, supaya bertambah kuat cintaku padaMU...
Ya Allah,
Andai kata ku sedang jatuh cinta, peliharalah cinta itu agar ianya tidak melebihi cintaku padaMU...
Ya Allah,
Saat ku melafazkan kata cinta, biarlah kata cinta itu ku katakan pada yang tertaut padaMU, agar ku tidak jatuh dalam cinta palsu yang bukan keranaMU...
Untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia atau ia pada hari esoknya (penpatah.blogspot.com).
p/s: Cinta itu tidak buta, tetapi yang buta adalah orang yang 'cinta' itu. Jangan salahkan cinta. Cinta kan anugerah Allah yang perlu digunakan sebaik-baiknya.
Cinta itu bila sampai kena pada masa dan ketikanya, ianya akan menjadi satu cinta yang luar biasa. =')
Benarlah kata orang;
cinta pada bunga, bunga kan layu..
cinta pada manusia, manusia kan mati..
TETAPI cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal ABADI
Ya Allah,
Jadikan cinta ku pada ibu bapaku, keluarga, adik-adikku, nenekku, sahabat-sahabatku, rakan-rakanku dan orang sekeliling adalah cinta keranaMU ya Allah.
kerana..cinta kerana akidah pasti akan berkekalan...
ku sedang bersedih. Sedih dengan diri sendiri '=(
Till Jannah...
Ku sentiasa mendoakan akan kebahagiaan dirimu walaupun dengan sesiapa. Kerana ku tahu, kau sudah banyak berkorban. Dengan melihat dirimu bahagia, pasti diri ini turut berbahagia.....
sampai di sini sahaja. Aku rindu! entah mengapa...
kredit:youtube
Assalamualaikum!

No comments:
Post a Comment