Wednesday, 19 September 2012

Pavlova

Assalamualaikum.

Pavlova tu apa?

Pavlova tu sebenarnya satu manisan ataupun dalam english nya desert yang berbentuk meringue dari negara Rusia. Kalau nak tahu sejarah pavlova ni, silalah google. :) Kalau kita nak cuba sesuatu resepi yang agak jarang sekali didengar, biasanya saya akan google2 apa sebenarnya makanan tu dan kalau ianya menarik saya google pula resepi nya.

Hasilnya, saya pun cari resepi dari tempat biasa saya akan rujuk kalau nak cuba memasak sesuatu yang lain dari yang lain iaitu di website http://www.tiffinbiru.com/  serius, sini website tentang resepi macam-macam ada. Sekali dengan gambar. Sekali tengok, mesti rasa macam nak cuba.

dan saya jumpa resepi pavlova dari ini http://www.tiffinbiru.com/2012/06/pavlovaohpavlova.html

Tengok best je, sekali cuba. Payah juga nak dapat base meringue yang cantik dan gebu. sob sob. Tapi tak mengapalah, percubaan pertama. Selepas ini, haruslah cuba dan cuba lagi. Walaupun base tak berapa nak jadi, ummi dan adik-adik kata sedap! (n___n)


Ini hasil-hasil meringue. Mungkin saya perlu mix lagi lama-lama sampai jadi berkilat dan lebih gebu kot baru dapat base yang cantik. 

Bahan-bahan:

4 putih telur
1 cawan gula halus (kurangkan. Ambil dalam 2/3 camca teh je)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla

Cara:
1. Putar putih telur sampai berbuih, guna kelajuan maksimum dan masukkan gula halus sedikit demi sedikit.
2. Putar sampai jadi meringue yang kilat dan kental. p/s: saya buat tu tak cukup kental dan kilat barangkali. Ini lessons :)
3. Ayak tepung jagung dan kacau rata dengan spatula
4. Masukkan esen vanilla dan cuka makan
5. Tuang atas kertas minyak dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas minyak tersebut. Bentukkan bulat sedikit dan tak perlu kemas sangat sebab lagi cantik kalau dia x bulat sangat. 

Untuk topping tu, saya beli je kat kedai non-dairy whipping cream dan lepas tu putar dan putar. Ratakan kat base dan lepas itu bolehlah hias dengan buah-buahan yang masam supaya seimbangkan rasa manis. 

sedap gitu. Cubalah! 

(n_n)


Percubaan pertama yang tak jadi. Terus tak ada mood. Cincai je hias pavlova tu. =')

Tapi lepas ni nak cuba lagi. Chaiyo!

Banyak lebih buah-buahan saya ratah je dengan cream jadilah yogurt. 


Yummy


pengajaran: Mungkin saya perlu buka 'youtube' cara-cara buat meringue yang lebih cantik dan gebu hasilnya. Saya juga perlu berusaha dan jangan mengalah!


Saya suka memasak dan bagi orang makan masakan kita sebab bila orang suka dan gembira, hati kita pun berasa senang. Kalau kurang sedap tak mengapa, boleh perbaiki lagi. kan? :)


Assalamualaikum!




No comments:

Post a Comment