Wednesday, 8 August 2012

Lailatul Qadar

Assalamualaikum

Erm..Tak sangka cepat sungguh masa berlalu kan?  sedar tak sedar, dah hari ke-20 Ramadhan. Maknanya, dah masuk 10 ramadhan terakhir, iaitu masa memburu lailatul Qadr. Bila masuk 10 ramadhan terakhir, elok kiranya bangun pada pertengahan malam dan menunaikan ibadah. Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar, pasti mendapat ganjaran yang sangat besar

*secara jujurnya ku belum cukup istiqamah menghidupkan malam lailatul qadar. Terasa malu dengan diri sendiri. Satu ketika dahulu bersama sahabat-sahabat menghidupkan malam Lailatul Qadar. Perasaan nya hanya Allah sahaja yang tahu.

KEDAMAIAN

KETENANGAN

sungguh, aku rindu akan waktu itu. =') 

antara sejarah malam Lailatul Qadar

Wujudnya Lailatul Qadar apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun). Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :
"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek
 umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang 
sedikit, tetapi ganjarannya besar."
Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu. (copypaste) nak baca selanjutnya, check link ni---> http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3440-sejarah-malam-lailatul-qadar-janggut-lebih-keras-daripada-besi.html
Subhanallah, Allah S.W.T dah janjikan hadiah yang bermakna pada hambaNYA. Sekali sahaja dalam setahun. 
*mungkin dulu punya sahabat-sahabat yang sering memperingatkan dan mengajak. Tapi itu bukan satu alasan yang kini tidak boleh buat seperti dulu. ='( 
Mungkin bila kita tahu betapa besarnya ganjaran, mesti kita berusaha mengejarnya. Mungkin juga bila kita tahu saat ajal kita datang menjemput mungkin masa itu juga kita barulah bergegas berbuat kebaikan. MasyaAllah, jauhkanlah ku dari bersikap begitu. 

Salah satu ucapan hari lahir yang ku terima pada hari kelahiran ku baru-baru ini"Jangan terlalu gembira menyambut hari kelahiran kerana kubur sudah panggil mari" kata-kata ini mungkin kedengaran agak err.tapi sangat bermakna dalam diri kerana umur yang panjang jika diberi tetapi pabila tidak seiring dengan amal kebaikan yang banyak, umur itu adalah sia-sia. Tapi, tak terlambat untuk memperbaiki diri. Selagi masa masih ada kan? 
p/s: Aku hanya insan biasa yang sangat sangat banyak banyak kekurangan. Tolong dan bantu. Hamba Allah. Ya, aku hanya hamba Allah di tempat persinggahan ini. Jadi, jangan lalai! 


Pesanan: Biasanya kaum hawa akan diberikan cuti. Tetapi usah bersedih kerana kita masih diberi peluang. Kita boleh baca tafsir, dengar alunan zikir dan pelbagai lagi. La Tahzan. (^__^)


sekian, waalaikumussalam


No comments:

Post a Comment