Sunday, 26 August 2012

Kenangan

Assalamualaikum

Semasa tengah 'free' ini, bolehlah rajinkan tangan menulis di ruangan ni. Sebabnya, dah masuk semester akhir nanti, mungkin tak ada dah masa nak hadap ruangan ini. >_<

Bila tak ada kerja, habis semua dibongkar. Bongkar selongkar kemas dan semua.. Jumpa lah harta karun@hadiah@pemberian kawan-kawan sepanjang sekolah menengah dulu. Paling banyak masa sek men tingkatan 3-5. Masa itu, sekolah di SMK Putatan. Rindu SMKP! too much! Banyak kenangan indah dan kenangan pahit pun ada. hoho. Tapi yang manis lebih banyak dari pahit. =.-

Jom tengok2 (^__^). Baca bismillah dahulu... bismillahirrahmanirrahim...


yang ini, kad raya dan kad ucapan hari lahir. Antaranya dari:
Nur Afizah
Hayati
Emma
Jennifer
Syazana
kazen-kak izzah
Khairiah
Izzati

Terima kasih! ^__^

dapat kad raya, kad hari lahir dan kad hari persahabatan..



Ini antara koleksi tag nama jadi AJK dan peserta masa sekolah menengah dan matrikulasi. Ada juga terselit kad keluar asrama masa di KML dulu. =)

Pernah jadi duta remaja Celcom dulu. Pengalaman sangat menarik!



Ini dari... erm..lupa.. hoho. Dari RV. Confirm! 

^__^



Ini dapat dari Syazana. Kawan masa SMKP dahulu. Tak lama lagi dia bakal mendirikan rumahtangga =)


Ini dari Elfera. Kawan masa KML merangkap kawan masa di UMP juga. Tahu-tahu ja purple. =)


Ole-ole dari Melaka. 


name tag masa jadi KRS dari form 1-5



Ini surat hari lahir bersama hadiah. Aishah memang suka menulis surat setiap kali bagi hadiah. Sebab, Aishah sangat 'sweet' orang nya. (^__^)

Rindu Aishah!



Ini hadiah kerongsang dari bumi kenyalang. Pemberian? Encik paam.
p/s: masih simpan lagi =D


Ini hadiah paling rajin diterima iaitu hadiah balang kaca dalamnya ada bintang banyak-banyak daripada Hidayah atau dikenali sebagai dayah. Dia ni nampak je lasak, tapi hati baik sangat. Sangat cool! teman yang bawa ronda naik skuter pergi teluk Villa masa kat Sabah dulu. 

Miss you dayah!

sebenarnya banyak lagi. Tapi barang-barangnya disimpan di UMP. Nanti dah balik sana, kita tambah lagi banyak-banyak. hoho. Tapi tak apa, ni entry khas untuk kawan-kawan dari sekolah menengah.

p/s: Bila agaknya dapat jumpa semua. REUNION.

(^___^)



The most used 4-letter word "LOVE"
VALUE IT. (surah Al-Rum 30:21)

sayang pada sahabat. Hargainya. =)





No comments:

Post a Comment