Saturday, 4 August 2012

SAHABAT

Assalamualaikum.

Sahabatku,

Sahabat yang baik akan membetulkan kita pabila kita berbuat kesalahan mahupun alpa,

Sahabat sejati akan sentiasa berada di samping kita dan berusaha menggembirakan hati kita dalam suka apatah lagi dalam duka.

Sahabat yang berani apabila sahabat yang bercakap dengan penuh kejujuran pabila sahabatnya mahukan kepastian

Sahabat yang pemurah adalah sahabat yang akan memberikan apa sahaja walaupun dia tiada apa yang hendak diberi. Hadiah yang paling bernilai bagi seorang sahabat adalah doa...

Sahabat, terima kasih atas segala ikatan ukhuwah yang terjalin. Ikatan itu kuat dan kukuh andainya terbina atas dasar akidah kepada Allah.

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya". (Hadis riwayat al-Hakim)


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendngar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati". 


terima kasih sahabat. Syukran JZK


p/s: Mohon maaf atas kekhilafan diri ini sepanjang mengenali kalian. 










No comments:

Post a Comment