Wednesday, 31 October 2012

Perempuan




Jagalah sahabat....,
Bunga itu menguntum indah,
Menyeri dan mekar memerah,
Dipuji dengan berbagai-bagai madah,
Esoknya bunga itu gugur ke tanah,
Serpih demi serpih ia punah,
Tanpa daun dan kelopaknya musnah.


Perempuan. Wanita. Kita ibarat bunga. Bunga yang memerah menguntum indah.
Menanti masa untuk dipetik.
Dipetik dalam keadaan yang sepatutnya dan sangat terhormat.
Dikagumi kerana keunggulan peribadi muslimahnya,
bukan kerana rupa mahupun harta.
Kadang-kadang ditaburi pelbagai pujian,
jangan mudah terpesona dan terpengaruh.
Sebaliknya, jadikan ianya bunga yang walaupun lumrah bunga itu layu dan akan mati tetapi tetap dikenang sampai bila-bila.

Cinta bunga, bunga akan layu.
Cinta akan manusia, manusia akan mati.
Cinta Allah hanya cinta kekal ABADI.

:')

p/s: Be a good hamba ALLAH, be a good muslimah.

InsyaAllah

Kita boleh cuba kan..? kan..?





Wednesday, 17 October 2012

kasih sayang

Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah atas rahmat dan nikmat Allah yang sentiasa tidak pernah putus. Alhamdulillah alhamdulillah. 

Saya..bukanlah orang yang sangat baik. Banyak kelemahannya. Tetapi saya sentiasa berazam dan menanam niat dalam hati dan perbuatan yang saya nak jadi baik. Kerana apa..? LillahiTaala. 

Jadi baik itu bukan ditunggu, tetapi perlu dicari. Jadi seorang yang soleh/solehah itu juga bukan ditunggu tapi dicari. Pabila diberi peluang dan hidayah, cepat ambil peluang itu. =')

Sebenarnya saya nak cerita tentang kasih sayang sesama manusia. 


Pernah tak anda dengar ada seorang mak cik yang kata pada anda.."Nak, kami ni kerja angkat sampah, kotor... pelajaran pun tak tinggi mana"... MasyaAllah, hari itu saya diberi peluang mendengar setiap luahan rasa yang terbit dan saya dapat agak perasaan ini sudah wujud lama dah. Hanya dapat diungkapkan. Mungkin dah tak tertanggung rasa. Sungguhnya, perasaan ni jadi sebak dan sayu tatkala mendengar luahan itu. Tiba-tiba terbayang ibubapa di rumah, saban hari berusaha mencari rezeki untuk keluarga. Terutama ayah. Penatnya ayah... letih nya ayah. Tiada siapa mengerti. Keringat itu mendatangkan hasil buat keluarga. Subhanallah! 

 "Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menjagaku semenjak kecil lagi".

Allah...Allah...Allah... 

Permudahkan urusan kedua ibu bapaku...

Berbalik pada cerita... makcik-makcik yang saya kenali mempunyai hati sangat luhur dan tulus. Bayangkan sedang mereka sibuk buat kerja, tatkala mendapat senyuman, pasti mereka membalas senyuman kembali dan pasti ada pesanan "baik-baik jalan pergi kelas, baik belajar"... Teringat ummi kat rumah. Mereka ibarat ibu ibu di tempat ku belajar ni...

Apa yang dikesalkan ialah, ada sebilangannya, saya pun tidak tahu siapa.. Memandang rendah terhadap makcik-makcik. Berbuat sesuatu yang menunjukkan tanda protes bahkan tiada kata salam apatah lagi senyuman. Yang ada hanya kata-kata yang kurang enak didengar. 

Mak cik kata... "Apa salah kami...?" 

Tak tertanggung rasa bila dengar luahan itu..... Pelbagai luahan terungkap. Pelbagai rasa dikongsi. Hanya satu je aku pinta. Cukuplah dengan senyuman. Cukuplah. Bukan susah pun nak bagi senyuman. Kita bagi kegembiraan pada orang lain dengan senyuman. Simple kan.? Senyum itu juga satu sedekah. Kan mudah je tu nak dapat kebaikan? 


 

Tahu tak kalian, mengertikah kalian.... dengan sedikit senyuman terukir mampu menghilangkan letih. Mampu menghilangkan lelah. 

#peringatan ini untuk diri sendiri terutamanya#

Orang yang mengasihi sesama manusia ialah orang yang dikasihi Allah...

Hubungan baik pada Allah, hubungan baik sesama manusia. 

Hubungan kita dengan manusia dan alam menunjukkan hubungan kita dengan Allah. 

Baiknya kita dengan manusia, insyaAllah mereka turut mendoakan kesejahteraan kita saat kita masih hidup mahupun pabila kita sudah tiada nanti.

Baiknya kita dengan alam, makmurkan bumi ini....InsyaAllah penduduk bumi seluruh alam pasti mendoakan kebaikan kita....

Salah satu dimurahkan rezeki adalah orang yang merapatkan silaturrahim. Ha, besar kan hikmah kasih sayang sesama manusia....

Begitu juga hubungan dengan jiran/masyarakat dan pada semua. 

"Ya Allah, peliharalah diri ku ini daripada sifat mazmumah, daripada sifat sombong. Perkayakanlah ku dengan sifat-sifat mahmudah sifat hormat menghormati dan merendah diri"

Tawadhuk..

Orang yang betul-betul berilmu sebenarnya akan lebih merendah diri dan sentiasa tawadhuk walaupun semua orang tahu dia punya ilmu yang banyak sekali.

Kenapa nak sombong sedangkan kita tahu ilmu itu milik Allah. Hanya pinjaman...

Walaupun kita mempunyai kelayakan akademik tingga mana....Hatta master/ph.D sekali pun, kalau nilai kemanusiaan dan hormat menghormati tiada disemai dalam diri..ianya tak berguna juga. Orang sanjung pada merkea  pada akhlak dan budi pekerti kerana dengan akhlak mantap, budi pekerti terbilang itulah sebenarnya yang akan memberi panduan dalam diri seseorang untuk menggunakan ilmu dan pengetahuan yang dia ada sesuai pada tempatnya. 

p/s: orang kadang-kadang makin berilmu makin kurang cerdik. Kerana ilmu itu tidak diamalkan. sayangnya..sangat sayang. 


Sekian...

Peringatan buat diri terutamanya...

Assalamualaikum


Monday, 15 October 2012

Ada masa

kredit to Dr.CintaPunyeBelog (taken from facebook).

Susahnya nak jadi baik...

Kadang-kadang rasa penat... 

betul, sebab saya pun rasa macam tu. Banyak dugaan. Tetapi muhasabah diri kembali. 

yakinlah bahawa Allah ada, Allah nilai apa yang kita saban hari lakukan. Atas bahu kita ada dua malaikat yang mencatit amalan kita. Hatta, masa kita tidur. 

Syaitan itu tidak pernah berputus asa untuk menghasut kita. Jadi, kita sebagai pemilik diri ini mengapa berputus asa untuk berbuat baik.? jangan jangan...

Sikit-sikit mula berbuat kebaikan kepada diri dan orang lain. InsyaAllah. 

Perjuangan itu memang pahit kerana syurga itu amat manis sekali.

p/s: Kita tak akan tahu bila hayat kita akan berakhir, bila masa perjalanan kita di tempat persinggahan sementara ni berakhir. Oleh sebab itu, kita perlu setiap hari koreksi diri dan mempertingkatkan amalan untuk kehidupan yang kekal. Akhirat.

Akhirat itu tujuan utama. Tetapi di dunia ini tempat kita membajai amalan, bercucuk tanam supaya beroleh hasil yang berkat kelak. 

#Kasihnya Allah pada hamba-hambaNYA... itu sebab Allah berikan kita cahaya dan peluang untuk berubah ke arah kebaikan#

percayalah, setiap keserabutan dalam diri, Allah ada jawapannya.. Al-Quran... music give us melody but al-Quran akan memberi kita ketenangan dalam hati...music for our soul.... 

"ketahuilah dengan zikir itu menenteramkan hati manusia. Bila mana hati mengingati Allah"
surah ar-Ra'd ayat 28.

`mendidik diri dengan muwasafat tarbiyyah' panduan menjadi insan soleh/solehah.. Ada 10 ciri... later update.. (^__^)


assalamualaikum.

-sampaikan walaupun sedikit-


Friday, 12 October 2012

Cinta Allah itu hakiki

Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginananmu) dalam hati. Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut kepada mereka. Tetapi janganlah kamu membuat perjanjian (untuk menikah) dengan mereka secara rahsia kecuali sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Dan janganlah kamu menetapkan akad nikah, sebelum habis masa idahnya. Ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, maka takutlah kepadaNYA. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun, Maha Penyantun. (surah al-Baqarah 2:235)

"Asy Syahid Syed Qutb mentafsirkan ayat 235 surah al-Baqarah.. "Dan Islam itu tidak menghancurkan kecenderungan fitrah tetapi membajainya. Dan tidak menekan naluri kemanusiaan, namun mengawalnya." (Hilal Ashraf- Sebelum Aku Bernikah)

Perasaan cinta dan rindu itu satu fitrah sama juga macam mana fitrah kita untuk makan, tidur, sedih dan menangis. Tetapi fitrah cinta dan rindu ini adalah suatu fitrah yang sangat perlu pengurusan yang sebaik-baiknya kerana ia adalah sesuatu yang abstrak. Allah bagi kita rasa itu supaya kita menghargai nikmatNYA. Supaya kita sentiasa berusaha meraih cinta Allah dahulu sebelum meraih cinta manusia. Tapi manusia sering alpa dan lalai sekiranya mereka meraih cinta manusia itu lebih dari cinta Allah..

analoginya,,,

Kalau kita diberi hadiah.. Apa yang membuat kita gembira...? Kita suka atau cinta pada hadiah atau pemberi hadiah?

Kalau kita cinta pada hadiah...mungkin kita hanya dapat kebahagiaan pabila kita dapat hadiah itu. Contohnya, cantiknya hadiah ni. Terima kasih..

Tapi kalau kita cinta pada pemberinya, pasti ianya akan meresap dalam sanubari. Kita akan mendapat cinta pemberi dan cinta hadiah itu sekali. 

Samalah, manusia ini diibaratkan seperti hadiah. Kalau kita mengasihi manusia itu lebih daripada penciptaNYA pasti kita akan mudah terbuai dan terlena.

Allah sentiasa bukakan peluang dan pintu-pintu sinar untuk mencari keredhaanNYA. Tetapi sesiapa yang lalai daripada mengingatiNYA...Allah akan buat dia sendiri lupa dengan dirinya. Maknanya, dia akan berterusan dalam kelalaian andainya dia sendiri tidak mencari jalan untuk mengubah kehidupannya. 

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik (surah al-Hasyr ayat 19)

Ya Allah, jauhkanlah diri ini daripada kufur nikmat..

Bagiku, cukuplah pengalaman masa lalu menjadi pengajaran yang penuh hikmah untuk ku meneruskan kehidupan akan datang. 

Aku minta pada Tuhan setangkai bunga segar
Dia beri kaktus berduri..

Aku minta kupu-kupu..
Diberi ulat berbulu..

Aku sedih dan kecewa...

Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali..
Dan ulat itu menjadi kupu-kupu yang cantik..

Itulah jalan Illahi..
Indah pada masanya...





Kalau kita tetapkan sesuatu niat, itulah yang kita dapat. Tetapi sekiranya kita tetapkan niat kerana Allah, lillahitaala..insyaAllah, Allah akan memandu kita ke arah jalan lurus. Mudah dan tenang rasanya. 





Kalau kita tetapkan niat berubah kerana seorang lelaki/wanita...itu yang kita akan dapat. Tetapi kalau kita berniat berubah ke arah lebih baik kerana Allah..Pasti kita akan memperolehi kedua-duanya. 



Betapa cantik Allah susun kehidupan kita ini bukan? (^_^)



Dan...andai matlamat kita adalah dunia. Maka kita akan dapat dunia sahaja. Tetapi sekiranya kita bermatlamatkan akhirat, Pasti kita akan dapat kedua-duanya. Betapa pentingnya niat itu supaya kita tak terpesong daripada jalan kebenaran..



Kita matang bukan diukur pada umur..tetapi...



pada sejauh mana kita mengenal Allah, tanggungjawab dan menyedari peranan apa sebenarnya kita diciptakan. Iaitu untuk memakmurkan bumi dan pentadbir alam ini..

(Hilal Ashraf)





p/s: Aku akan kejar dan meraih cinta Allah. Kerana aku tahu cinta Allah itu cinta hakiki. Mungkin hari ini engkau mencintai aku tetapi boleh jadi satu hari nanti engkau membuang perasaan itu. Semuanya rahsia Allah. Tetapi cinta Allah cinta hakiki dan tak pernah berdusta dan sering ada bersama kita. 



Biarlah aku cinta dalam diam supaya aku tidak bermain dengan perasaan sendiri dan supaya aku tidak mengganggu perjuangan mu dan supaya aku tidak menggoyahkan hatimu.  Biarlah perasaan itu aku sandarkan pada Allah dan serahkan pada Allah di samping aku akan berusaha. Berusaha meraih cinta Allah. Tetapi ku akan selalu berdoa agar Allah kurniakan ku orang yang ku cintai juga. Mana kita tahu kan kalau dia memang jodoh kita..? 

Berusaha membina peribadi kerana Allah dan sebagai tanda bukti cinta aku padamu yang aku sendiri tidak tahu siapa.


Allah kan ada =')



Tetapi matlamat utama kita adalah sebagai pentadbir alam maka ketepikan dahulu soal hati dan kawal.



Ujian itu tarbiyyah. 



Kadang-kadang kita sibuk nak mencari pasangan kita tanpa kita semak diri kita dahulu. Bagaimana nak mendidik pasangan,andainya diri tak terdidik. 



Amal soleh/solehah supaya kita dapat membahagiakan ibu bapa kita dahulu...



Redha Allah terletak pada redha ibubapa...






13 Oktober 2012



Assalamualaikum.

Thursday, 11 October 2012

#nota ungu special



Hakikat bahagia itu bukan pada material tetapi hakikat bahagia itu ada jiwa dan hati pabila ketenangan dan kecintaan pada Ilahi tercapai..


Tempoh kematangan bukan dinilai dari aspek umur semata-mata tetapi diukur apabila seseorang itu mampu mengenali Allah, mengetahui matlamat kehidupannya dan tanggungjawab dia berada di dunia ini. Seterusnya dia bergerak bersungguh-sungguh ke arah memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai hamba Allah dan pentadbir muka bumi ini.... 
(Hilal Ashraf-Sebelum Aku Bernikah). 



(^__^)


Hati adalah raja dalam tubuh badan manusia. Jaga 'hati' itu secara automatiknya dapat menjaga perasaan. Urus perasaan itu sebaik-baiknya. Bukan ditunggu tapi berusaha ke arah itu dengan jalan yang diredhai.... 


Akhir kalam, 

"Sekiranya benar cinta, mesti kita mahu bersama hingga ke syurga. Apa-apa yang membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya". -Hilal Ashraf- 


p/s: Semoga dirimu diberi kemudahan dalam melaksanakan perjuangan, no stress, no serabut-serabut. Perkara itu bukan untuk membuat kamu susah tetapi untuk memberi sebuah pelajaran dan pengertian yang mungkin kamu dan kita semua tidak ketahui. Fighting!


Assalamualaikum...


Monday, 8 October 2012

Kerana itu diriku



Jauhnya lamunan
saat pemusafiran itu terjadi
antara hikmah dan kebaikan
diruang itu ada ujian dan dugaan
pabila insan itu diuji 
mampukah ia?
yang pastinya ujian itu.... atau
apa sahaja yang berlaku pada diri kita adalah yang betul-betul kena pada tempatnya
tidaklah ia terlalu awal. 
tidaklah ia terlalu lambat.

dan aku...? ku lantas diselubungi satu perasaan yang hanya Allah sahaja yang Mengetahui
bukan ku tidak pinta dan harapkan mereka memahami tetapi cukuplah Allah yang lebih Maha Mengetahui segalanya


“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”.(Ibn Qayyim)


Allahumma arrifni nafsii -(ya Allah, kenalkan ku dengan diriku)

Untuk mengenal sebenar-benarnya diri sendiri, ianya amat susah tetapi boleh untuk diusahakanya. Ambil masa untuk mengasingkan diri dan fikir sedalam-dalamnya kenapa kita diciptakan, tujuan sebenar kita bermusafir dan insyaAllah dapat dapat. 


Friday, 5 October 2012

SMKP-matrikulasi

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada entri kali ini, saya nak sambung bicara tentang zaman persekolahan dahulu. Masa tingkatan 5 tidak banyak hal yang berlaku lantaran masing-masing sibuk mempersiapkan diri menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Cuma, yang paling diri ini ingat masa hari kelahiran 4 Ogos adalah hari di mana saya di 'prank' oleh rakan sekelas. Kena jugalah tepung dan hasilnya masa makan asyik nangis sebab ada kisahnya. Rupa-rupanya saya di prank dan mereka kasihankan saya yang masa makan pun menangis, ramai-ramai nyanyikan lagu selamat hari lahir dan tepung tepung menghiasi muka. Rupanya kisah yang berlaku pada hari itu adalah satu helah semata-mata =')

skip..skip...skip...

Alhamdulillah...saya ditawarkan menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Oleh sebab pada masa itu tiada tawaran lain yang saya terima, jadi dengan senang hati melangkah masuk ke matrikulasi kerana niat di hati ini untuk menuntut ilmu. Tidak kiralah di mana sahaja. 

Banyak sangat perkara yang berlaku masa di matrikulasi. Sememangnya cabaran belajar di matrikulasi berat dek semuanya perlu dihabiskan dalam masa setahun.

Bermula dengan orientasi pelajar baharu...
Masa ini ku tidak berpeluang mengikuti secara menyeluruh orientasi selama seminggu dek kerana masalah kesihatan. Ulang alik juga ke hospital. (T_T) masa itu, hanya Allah yang mengetahui betapa beratnya dugaan. Saat berjauhan dengan keluarga, diuji dengan masalah kesihatan. Alhamdulillah ada pihak yang sudi membantu. Setiap kali cuti, ku akan dibawa oleh ayah untuk membuat rawatan. Alhamdulillah dan sihat. (^_^)

Masa orientasi biasalah ada sesi di mana pelajar mesti/wajib ke masjid untuk solat berjemaah. Ku juga tidak ketinggalan. Mungkin sebab diwajibkan maka penuhlah masjid. ehe.. Tapi habisnya sesi orientasi, ku merasakan betapa manisnya bila beribadah di rumah Allah. Rasa tenang dan damai. Alhamdulillah berjaya istiqamah dan melazimi diri solat berjemaah di masjid. Banyak sangat kisah berlaku di masjid. Subhanallah!

Pertama...ku disapa...

Usai solat sunat dan membaca al-Quran, ku disapa oleh seorang akak ni yang sejuk mata memandang. Dia mengajak ku pergi ke sesuatu tempat. Oleh sebab ku tidak prejudis kepada sesiapa, maka ikut sahaja.. 
Sampai kat tempat tu, rupanya ramai yang ada. Mereka duduk dalam keadaan bentuk bulatan. Ku tahu itu usrah ataupun orang panggil bulatan gembira. 

Dalam hati kecil terfikir "Apa sebenarnya yang terjadi ni?" kenapa ku kat sini.....

Tapi ku mengikuti aktiviti itu sampailah habis daripada sesi pengenalan/taaruf sampailah sesi bertukar soalan. Usai aktiviti itu, ku diajak supaya menjadi Exco dalam badan kerohanian di surau matrikulasi. Allah! Allah! 

Masa itu, ku tenang lagi. Setibanya kat bilik, aku menangis...menangis.. Kenapa aku menangis? sebab masa itu aku rasa diri ini langsung tak layak nak jadi Exco/pegang jawatan apa-apa kerana ku bukan berlatarkan budak sekolah agama kerana majoriti yang berada dalam usrah tersebut berlatarbelakangkan sekolah agama. Masa itu, ku rasa diri ini kecil sangat. 

Mungkin masa itu, Allah berikan ku hidayah. Satu manhaj supaya ku dapat memperbetulkan diri lagi menjadi lebih lebih baik. Ku minta nasihat daripada rakan-rakan. Alhamdulillah, rakan-rakan memahami. 

Kata mereka, beruntung lah diri kerana mungkin itu satu cara yang Allah sayang kan kita. Allah berikan kita orang-orang yang baik supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik. Allah sayang kan kita oleh sebab itu Allah berikan hidayah dengan cara begitu. Ada hikmahnya setiap apa yang terjadi. 

Setiap hari ku muhasabah diri layakkah diri ini.....

Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA....=')



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah 2:216).

ku terima pelawaan akak itu.. Bermulalah kisah hidupku...

Dulu masa sekolah, memang ku jenis menjaga pergaulan/ikhtilat..jaga aurat cuma tentang aurat ni, tang pakai stokin setiap masa itu ku on off. ='( Mungkin sebab masa itu ku jahil tentang ilmu. Ku tak menutup aurat secara sempurna. Kadang terasa nak pakai stokin, pakailah. Kalau tak, tak. Astagfirullah..

Tetapi alhamdulillah.. Di matrikulasi, ku banyak menghadiri majlis-majlis ilmu dan melalui majlis tersebut banyak yang ku pelajari. Baru ku mengerti yang aurat itu sebenarnya dari atas sampailah ke bawah perlu dijaga, perlu dipelihara. Kecuali muka dan tapak tangan. Maka, wajiblah kiranya memakai stokin. Sejak itu, ku berazam untuk berubah. Apa gunanya ilmu sekiranya tidak diamalkan bukan? 

sebabnya, kita diwajibkan tutup aurat dengan sempurna. Itu hukum yang Allah sudah tetapkan. Matlamat untuk mardhatillah. InsyaAllah perubahan sedikit sedikit supaya menjadi istiqamah dan dapat mempertingkatkan lagi amal kebaikan. 

Seperkara lagi yang ku belajar di matrikulasi atau spesifiknya di surau al-Irfaan... Erti persahabatan iaitu persahabatan kerana akidah Islam. Kerana Allah. Pada itu, ku bersyukur tak terhingga kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang solehah. Mereka sentiasa mentarbiahkan diri mereka dan secara tidak langsung turut mentarbiyahkan diri ini. tarbiyah melalui teladan. Penerapan melalui akhlak yang sopan, percakapan yang sederhana, lisan dan pandangan mata yang terjaga, ikhtilat terjaga, ukhuwah yang sangat sangat manis. 

Bayangkan, usai solat berjemaah, pasti kami akan berkumpul dan masa itu kami akan belajar berkumpulan bersama-sama, berkongsi masalah bersama-sama. manisnya saat itu. Sungguh, ku rindu saat itu. =') Hanya Allah tahu yang hati ini sangat merindukan kalian. Mana mungkin ku lupa kalian yang secara tidak langsung menjadi inspirasi untuk diri ini supaya berhijrah ke arah lebih baik. 

Benar, andainya persahabatan itu disulam dengan kasih sayang hanya kerana Allah... pastinya hubungan persahabatan itu akan selalu dikenang walaupun jarak jauh yang menyekat pertemuan. Kerana, hanya doa yang sentiasa tidak putus menjadi penguat ukhuwah ini. 

Biar jarak memisah, tapi hati tak pernah lupa..

Kadang-kadang ku selalu bersedih kenapa tidak seperti di matrikulasi ketika di universiti? siapa yang nak tegur kalau ku khilaf? siapa yang nak beri semangat kalau ku sedang bersedih? siapa yang nak beri semangat kepada ku? 

Tetapi ku kembali kepada pemikiran yang rasional. Setiap yang bertemu pasti ada perpisahan. Yang penting, kenangan itu akan tetap kekal bersemi. hajar sentiasa doakan kalian agar sentiasa istiqamah di jalan Allah. Be a good muslim and muslimah. Soleh dan solehah. 

Kalau kita sematkan dalam diri yang kita akan berusaha menjadi muslimah yang kuat. InsyaAllah, jika dicampak ke mana-mana pun, pasti kita akan menjadi muslimah yang kuat. Jangan jadikan alasan itu satu ukuran atau mempersalahkan keadaan sekeliling. Kita adalah kita. Fikirkanlah apa yang terbaik buat diri dang yang paling penting demi meraih keredhaaan Allah. 

Apalah ertinya hidup sekiranya diri ini tidak mempergunakan nikmat yang dikurniakan sebaiknya. 

Belum terlambat. Kerana siapa pun kita pada masa silam...pedulikan! kerana masa silam itu satu pengajaran untuk kita mengemudi kehidupan yang mendatang. Kalau kita menjadikan masa lepas satu bayangan, tak mustahil kita akan berterusan dalam kejahilan/takuk lama. 

Berhijrah! 

Demi Masa.......


dan aku bukan baik tetapi aku berusaha menjadi baik. Hanya ku insan yang sentiasa khilaf. Mencari secebis sisa diri yang pada satu ketika dahulu penuh tarbiyah. Ia sebenarnya tidak hilang kerana Allah tidak pernah jemu. Carilah sinar hidayah itu kembali. Jangankan saat-saat akhiran baharulah kita tersedar. 

Ya Allah, kuatkan lah hatiku ini meneruskan kehidupan. Semoga istiqamah berada di jalanMU. 


Cinta itu pabila kamu mengukir rindu di hati. Cinta itu pabila kamu meluahkan pada kata. 
Cinta itu aku ukir rindu pada sujudku. Cinta itu ku luah melalui doa. PadaMU ya Allah... 



Monday, 1 October 2012

Membaca

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim....

Saya nak cerita tentang pemergian saya ke Ekspo Buku Islam 3. Alkisahnya, ekspo ini berlangsung di Kuantan Parade, Pahang pada 26 September sehingga 2 Oktober 2012. Saya mendapat tahu tentang iklan ini daripada seorang kawan dan telah memasang hajat ingin berkunjung sekiranya tiada aral. Maknanya, saya akan kosongkan jadual saya untuk pergi ke ekspo tersebut. (^_^).

Mungkin sebab daripada kecil lagi, saya telah terdidik untuk menjinakkan diri dengan membaca pelbagai jenis buku. Cuma, buku 'English' saya kurang sikit. ehee..Ambil masa lama sikit nak baca. Insan yang mengajar saya meminati buku adalah ayah saya sendiri. Ayah selalu belikan buku cerita ataupun apa-apa jenis buku setiap kali tiba hari kelahiran saya daripada sekolah rendah sampailah saya masuk matrikulasi. So sweet kan ayah saya? (^_^) Paling saya ingat, saya dapat sebuah al-Quran masa saya darjah 6. Masa sekolah rendah pula, dapat buku bersiri siri salma, siri penyiasatan. Jadi, memang selalu kumpul buku siri penyiasatan. Mungkin pengaruh tu menyebabkan saya suka tengok cerita berbentuk penyiasatan macam CSI tu.. hoho. 

Sebenarnya, ilmu ini tak akan pernah habis. Makin kita cari, makin kita jumpa...Makin kita sedar yang kita banyak tidak tahu. Ilmu ALLAH itu sangat meluas meliputi sekalian alam. 

Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang2 yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat .Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan . " ( Al-Mujadalah : 11 )

Maka, siapa yang berusaha menuntut ilmu, insyaAllah..ada ganjaran dan manfaatnya. Antaranya, apa yang saya rasa adalah dengan ilmu lah kita dapat mendidik diri kita, dengan ilmu juga kita boleh berdakwah kerana jangan hanya kata-kata kosong sahaja. 

Hari Ahad, 30 September 2012, saya berpeluang jumpa seorang insan muslimah yang aktif dalam penulisan. Saya mengagumi beliau. Saya mula tertaut dengan penulisan beliau pabila membaca buku tautan hati sejak di Matrikulasi. Beliau ialah ustazah Fatimah Syarha. Beliau bukan sahaja lembut orangnya tetapi lantang pabila memberi ceramah. Subhanallah! banyak ilmunya. Sopan dan luhur budinya. Saya berpeluang jumpa face to face dengan ustazah. Alangkah gembiranya tak terkata perasaan waktu tu. (^^,)


Ustazah Fatimah Syarha =')

Saya juga berpeluang jumpa dengan Profesor Dr. Muhaya. Beliau merupakan pakar mata dan pakar motivasi yang berkaliber. Saya turut meminati beliau kerana beliau merupakan insan muslimah yang bukan sahaja berjaya dalam akademik tetapi yang penting menjadi contoh muslimah berkaliber dan mempunyai pemikiran yang sangat positif.


Dapat bertemu dua insan ini memberi saya semangat. Ya! Memberi saya semangat agar lebih berusaha menuntut ilmu, menjadi wanita solehah dan sentiasa memasang niat melakukan sesuatu hanya kerana Allah. InsyaAllah hidup akan diberkati. Till Jannah!

Ayah, terima kasih sebab didik along dengan sebaiknya dan ajar along supaya minat buku. =')



Siapa pun aku sekarang, siapa pun aku pada masa silam....Itu tidak penting. Yang pastinya, aku akan sentiasa berusaha dan berusaha dan tetap berusaha untuk memperbaiki diri. Adat kehidupan, ada pasang surutnya. Macam iman, kadang bertambah, kadang berkurang. Itulah, kita perlu sentiasa periksa diri. MasyaAllah! Allah tak pernah tinggalkan ku. Jika ku bersendiri, pasti Allah mengabulkan permintaan ku dengan cara lain. Mungkin dengan ketenangan dan mungkin juga dengan segala kemudahan. 

Aku bukan baik tetapi akan berusaha menjadi seorang muslimah yang solehah. Supaya dapat membantu ayahku, suami ku nanti, adik-adikku masuk syurga. InsyaAllah. 

Islam menjadikan ilmu pengetahuan sebagai satu penggerak untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik. Ilmu diangkat ke tahap tinggi kerana tanpa ilmu, maka segala keperluan/kegiatan ke arah mencapai matlamat iaitu mencapai mardhatilah tidak tercapai. 

Tetapi, ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Jadi, amalkan ilmu tersebut. InsyaAllah dapat membentuk peribadi mulia.. 


Buku-buku yang dibeli dan ada yang dihadiahkan daripada seorang sahabat. Ada buku beli untuk adik yang darjah 5 iaitu buku Saad Abu Waqas sebab adik suka baca buku pahlawan Islam, Sejarah Islam dan tokoh-tokoh Islam. Buku Upin Ipin untuk adik bongsu yang berumur 6 tahun. Ada sebuah buku nak hadiahkan buat orang 'mile2' dan selebihnya untuk pembacaan diri sendiri. =)

Tak rugi beli buku sebab insyaAllah banyak manfaatnya. 

Ilmu dan Iman tidak dapat dipisahkan...

Sungguh beruntung kerana kita semua diberi peluang menuntut ilmu. Jadi, gunakan dengan sebaiknya.

Dengan ilmu, kita kenal pencipta. Dengan ilmu, kita lebih dekat dekat dan dekat dengan Allah..

=')


Assalamualaikum