Friday, 28 September 2012

Terlewatkah aku?

Assalamualaikum

Kali ini, saya nak kongsi tentang satu lirik yang ringkas tetapi maksud lirik nya sangat sangat bermakna. Aku yang berdosa daripada Shahir AF8.




Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Segalanya Dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

Ya Allah hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Source: http://lagubestbest.blogspot.com/2012/07/shahir-aku-yang-berdosa-lirik-video-muzik.html#ixzz27oAOafBO



Antara apa pendapatku/rasa mengenai lirik mengikur pandangan sendiri..



Sejauh mana langkah ku di sana
Aku melupakan mu

Kita manusia sering alpa dan lalai dalam mengingati Allah. Kadang-kadang kita hanya mengingati saat dilanda kesusahan. Tetapi bila kita gembira?

Seluas mana kau beri padaku
Masih ku angkuh padamu
Pelbagai nikmat Allah telah kurniakan pada HambaNYA tetapi kita sendiri selalu angkuh dan mendabik dada kononnya kita tahu segalanya. Nauzubillah. 

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Surah Ar-Rahman)

Ayat tersebut diulang berkali-kali. Subhanallah! Andai kata kita ingin menghitung nya pasti tidak terhitung ='(

Segalanya dusta
Gelap mengaburi ku

Ya Allah apa yang bisa
Ku tebus kepadamu
Atas dosaku

dan aku sendiri, selalu berfikir apa yang telah ku perbuat selama hidup ini. Dalam melayari kehidupan pasti ku selalu khilaf dan apa yang perlu ku perbuat untuk membetulkan kesalahan itu. Sesungguhnya ku akui, kekhilafan diri ini tersangat lah banyak. 

Tolong bantu ku, walaupun dengan secebis doa. Doa itu senjata mukmin (^_^)

Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud
Untuk ke syurgaMu

Part ini, ku rasa yang paling syahdu dan sedih sangat. Baru tahu siapalah kita dihadapanNYA. Tetapi siapapun kita, Allah tetap mengasihani kita dan MAHA PENGAMPUN. Betapa kerdilnya kita di sisi ALLAH tetapi ALLAH tak pernah tinggalkan kita walaupun sekejap. Buktinya, ALLAH sangat kasih akan kita. Bila kita meminta sesuatu yakni berdoa, 
pasti Allah makbulkan
mungkin bukan secara cepat tetapi Allah tetap akan hadiahkan kita sesuatu yang boleh membuat kita berasa sangat tenang.

Percayalah!

Kadang-kadang pabila kita mengharapkan hujan, kita dapat pelangi. So sweet kan Allah? 



andai dosa itu boleh dipadam?



padam dan padam... T__T




Ya ALLAH, KAU datang ketika duka,
tatkala ku gembira,
tunjukkan ku jalan menuju mardhatillah,
Sungguh ku pernah khilaf,
Tunjukkanlah ku jalan menuju syurgaMU, 
Kirimkan ku kekuatan,
kirimkan ku ketabahan,
Ya ALLAH, 
kirimkan ku seseorang yang dapat mengingati ku tatkala ku alpa dan leka,
Ya ALLAH, kirimkan ku air mata penyesalan
agar ku tidak selalu bergembira tanpa mengenang dosa,
Ya ALLAH,
kirimkan ku dengan rasa taubat saban hari kerana ku insan yang lemah dan kerdil di sisiMU
Ya ALLAH, titipkan ku rasa syukur atas setiap nikmat IMAN dan ISLAM,
Ya ALLAH,
kirimkan ku rasa istiqamah dalam diri melakukan kebaikan 
dan tiupkan ku rasa cinta dan bisikan hidayah....
Ya ALLAH, 
jauhkanlah ku daripada menjadi kalangan yang tidak mensyukuri. 

HANYA PADAMU...

p/s: Setiap amalan itu biarpun sedikit tetapi istiqamah, insyaALLAH. Yang penting, kita ada inisiatif untuk memperbaiki diri. 
Bukan senang nak berubah, perlahan-lahan. 

Mungkin dahulu ku pernah diketuk dengan rasa hidayahMU ya ALLAH..dan ada satu ketika, ku sangat-sangat alpa dan lalai. MasyaAllah.

terima kasih kerana sentiasa membuatkan ku terdetak di hati agar sentiasa berada di jalan lurus. Aku tidak pernah ditinggalkan. Pasti! =')

Allah kan ada =')



Sekian, ikhlas yang mencari diri sendiri.

mode: Mohon maaf andai penulisan tidak memuaskan. Salah silap harap dimaafi. Moga bermanfaat untuk bersama menuju mardhatillah. 

Assalamualaikum.







Sunday, 23 September 2012

SMKP part 1

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim,

Hmmm... Tetiba ingatan dan fikiran 'flashback' masa zaman matrikulasi dulu. Sungguh! ku rindu! Matrikulasi ku dulu bukan alang-alang tempatnya. Matrikulasi Labuan tu. Jauh kan? =) Tempat tu ku kenang sebab tempat yang banyak mengajar aku erti kehidupan dan mengajar erti persahabatan kerana akidah yang pastinya kerana Allah S.W.T.

Macam mana boleh masuk KML?

sebab..kami sekeluarga ikut ayah yang dapat naik pangkat. Jadi, kena berhijrah ke Kota Kinabalu. Alhamdulillah! 

Sebelum ini memang tak terfikir akan menjejakkan kaki ke sana sebab nak kena naik kapal terbang lagi..kos tinggi kalau saja-saja nak pergi sana. Tapi, alhamdulillah kami dapat peluang merantau ke negeri orang. 

Masa nak bertolak ke sana tu, macam-macam fikir sebab sebelum ini tak pernah lagi merantau ke negeri orang. Rasa sedih sangat sebab masa nak pindah tu end of the year 2004. Jadi, tak dapat nak jumpa kawan-kawan sebab masa tu tengah cuti sekolah, tak dapat salam cikgu-cikgu sekolah. Saya pindah on the spot! ='(

Tetapi, masa di airport, keluarga sebelah ayah@adik beradik ayah ramai datang. Penuh juga airport tu. eh hiperbola! hoho. Ramai ahli keluarga datang untuk hantar kami. Seriously, terharu. =')

Sampai-sampai di airport Kota Kinabalu (KKIA), kami diambil oleh orang pejabat ayah dan dihantar ke hotel namanya Sutera Harbour. Antara tempat penginapan yang eksklusif dan sangat sangat cantik! 

Selepas beberapa hari, kami pun dapat rumah. Tetapi rumah sewa je lah. Kami dapat sewa rumah dekat kawasan namanya Putatan. Rumah pun kawan ayah yang uruskan. Ingat lagi, depan rumah kami ada sebatang pokok kelapa. ehe. Tapi, kami tinggal di kawasan perumahan yang suasana nya sangat mendamaikan. Feel good! 

2005, kena mendaftar masuk sekolah. dup dap dup dap. berdebar nak masuk sekolah baru sebab sebelum ni dah biasa kawan-kawan dari sekolah rendah. Ini kena masuk sekolah baru dan pastinya dapat kawan baru, cikgu baru dan paling penting bahasa baru. Tapi ku ok je sebab best sebenarnya bila kita ada pengalaman baru. kan? 

Masa masuk sekolah baru,ohya! namanya Sekolah Menengah Kebangsaan Putatan. Unik kan nama? =) Masa nak daftar sekolah baru tu, ummi je teman sebab ayah kena lapor diri hari pertama kerja. 

Masa tu, dapat tahu masuk kelas itu ini.. Saat itu tak tahu apa-apa. Ummi pun kena balik sebab ada urusan lain. Jadi, aku kena masuk kelas seorang diri tanpa ditemani ummi. Masa itu, dekat bilik guru itu juga, ku menangis. hoho. Bila ingat balik, rasa malu sebab masa tu umur dah 15 tahun. Saya menangis? hoho. Sudahnya, cikgu temankan sampai masuk kelas. Alhamdulillah. 

Masa tu, masuk kelas 3 Harmoni. Kebetulan masa masuk kelas tu, pelajar lain tengah belajar subjek agama Islam. Masuk-masuk je kelas terus salam Ustazah dan ustazah suruh duduk kat tempat yang kosong. 

Masa itu, tak berkenalan lagi dengan kawan-kawan sebab tengah belajar + malu sebab jadi budak baru. =')

Usai je kelas tu, ramai datang tanya. Jadi masa tu perkenalkan diri. Masa itu, ku disapa paling awal oleh Ermawati namanya. Masa rehat, dia pergi bawa dari kelas ke kelas untuk perkenalkan dengan kawan dia yang lain. Seronok sebab masa itu dapat kawan ramai. 

Secara jujurnya, rakan-rakan sana sangat sangat baik dan peramah. Walaupun ku cuma minoriti di situ dan tak ramai pelajar dari semenanjung, tetapi mereka menerima kami secara terbuka dan mereka memang sangat baik. 

Itu pasal bila ada yang mengutuk macam-macam keadaan di Sabah itu dan ini..aku sangat marah dan geram sebab mereka hanya bercakap apa yang mereka dengar dan apa yang mereka tidak tahu. 

Masa kat sekolah tu, belajar cara nak makan nasi lemak/mee dalam plastik. Benda baru yang belajar katt sini. Serius, unik tau. Nasi lemak/mee akan dibungkus dalam plastik dan makan dari situ je. Ikutlah nak makan macam mana caranya sebab banyak cara. hoho. Aku ambil masa 3 bulan juga nak master makan macam tu. Best! 

sebelum terlupa, masa tu pun ada juga rakan kelas yang mix semenanjung. Ibunya dari Sabah, bapanya dari semenanjung. Cuma nya, dia dah lama duduk di Sarawak. =) namanya Siti Aishah. Sweet kan nama nya? macam orangnya. (^_^)

Macam-macam yang aku tempuhi masa tingkatan 3 di SMKP. Bila nak periksa Penilaian Menengah Rendah, mesti akan belajar berkumpulan. Sama-sama bincang sampaikan masa tu aku siap order buku latihan dari maktab adabi. Semangat kan? alhamdulillah keputusan 7A1B.. Yang B tu, macam biasalah. Matematik! 

Masa form 3 tu juga, ada ura-ura ada seorang budak ni pandai matematik dan melukis. Wah. Tapi masa tu aku tak tahu siapa empunya badan. 

Masuk tingkatan 4, ku jadi pembimbing rakan sebaya. Masih 4 Harmoni sebabnya ambil aliran sains. Sebenarnya, aku dapat tawaran masuk Sekolah Menengah Sains Sabah. Tapi tapi tolak tawaran sebab nak duduk rumah je.hoho. Sekolah harian je best. =D 

walhal tak bersedia nak duduk asrama lagi barangkali. Dasar anak manja! walaupun anak sulong. Eh, itu bukan manja. Itu mengada namanya. =.=

Tapi tak mengapa, walaupun aku belajar di SMKP je, aku banyak belajar benda baru dan cikgu-cikgunya pun bukan sebarang cikgu. 

Masa tu masuk usahawan muda dan macam-macam program. Ohya, masa sekolah dulu aku masuk Kawad Remaja Sekolah (KRS) tapi malas kawad. Ponteng aje. hoho. Dan masa sekolah dulu aku minat masuk acara lari marathon gitu macam merentas desa. Pernah sekali je jadi wakil sekolah tapi tak menang sebab tergelincir. Nasib je masa tu tergelincir tak masuk longkang. Sedih!

Masa acara larian 3000 m. ada ye acara ni? lupa..masuk masuk dapat no.3. Jadi terpilih masuk final. Tapi, masa final tak dapat lari gara-gara masa tu muntah muntah teruk. Pening kepala yang amat sangat. Sedih sekali lagi.

Masa tingkatan 3 itu barulah dapat berkenalan dengan budak pandai melukis dan matematik tu. Gara-gara masa tu aku dapat pesanan khidmat ringkas (SMS) bahasa Jepun. Puas cari siapa pemilik nombor tu. Jumpa! jadi, kami berkawan dari saat itu sampailah sekarang. Alhamdulillah tak pernah 'lost contact'. 

Bila masa hari lahir ku je, mesti dapat hadiah yang unik-unik dan comel. Kalau nak beritahu satu-satu mesti tak habis sebab banyak sangat. Ada sampai satu hari tu, dia demam gara-gara siapkan komik dan ku terima masa hari lahir. Dia letak bawah meja je. Bawah meja? bukan bagi face to face. hoho. Sebab masa tu dia tak datang sekolah sebab demam. Datang sekejap je sebab nak hantar benda tu. Touched =')

Sekarang, kau di tempat lain, ku di tempat lain tetapi niat masih sama iaitu menuntut ilmu. Sekarang kau diberi tanggungjawab yang sangat besar. Dan kau perlukan semangat dan nasihat. Jadi mana mungkin ku lupa. Aku tetap akan menyokong apa yang kau lakukan dan sentiasa doakan agar segala urusan dipermudahkan. 

Terima kasih sebab menyimpan lafaz sekian lama. Faham! =)

semoga kau terus istiqamah memperjuangkan syiar Islam. 

Sekarang, semua cerita zaman sekolah dah berlalu tetapi kenangan akan tetap terpatri dalam hati selagi hayat dikandung badan. 

Ohya! dulu aku pergi sekolah pakai beg selempang, kasut converse tak pun north star sampaikan cikgu kaunseling kata macam tomboy2 je pakai baju kurung beg selempang. hoho. That's who I am. Tapi masih menutup aurat. Alhamdulillah. =)

nanti aku sambung cerita tentang zaman tingkatan 5 dan matrikulasi pula.. 

sekian.

Assalamualaikum!

Friday, 21 September 2012

#nota ungu 9

Jika hari ini engkau tinggalkan ku atau ku tinggalkan dirimu
atas sebab kita mencari kebaikan dan keredhaan Allah
Ku mohon Allah tetapkan hati kita ke arah kebaikan menuju mardhatillah
Jika satu hari nanti, ditakdirkan dirimu jodoh untukku,
Alhamdulillah. InsyaAllah saat itu ku sudah bersedia.
Kalau dirimu bukan untukku satu hari nanti, 
ku mohon...
Doakan ku.. doakan ku agar dapat melupakan mu dan menyerahkan sepenuhnya hati dan perasaan pada yang sebenar-benarnya berhak iaitu SUAMI ku... 

Terima Kasih untuk segalanya.

p/s: Ini tiada kaitan dengan penulis. Hanya terfikir bila baca post-post di laman muka buku yang saban hari penuh dengan kisah CINTA.

(n_n)


dalam cinta, mestilah ada yang memberi dan menerima. Begitu juga dalam kehidupan, ada memberi dan menerima. Tangan yang memberi lebih lebih manis dan lebih baik daripada yang menerima. 

sebabnya, bukan senang nak memberi. Apatah lagi untuk memberi barang/apa sahaja yang kita sangat suka. 

Senang je nak memberi. 

Beri senyuman. Itu sudah cukup. Free je kan?

Tapi kadang-kadang ada satu ketika senyuman itu tidak dapat dizahirkan. 

Kalau tidak dapat memberi kegembiraan kepada orang lain, cukuplah jangan berikan kesedihan/penderitaan kepada dirinya.. :)

Kalau kita tidak dapat jadi pen untuk tulis kegembiraan kepadanya, kita berikan pemadam padanya... agar dia dapat memadamkan segala kekusutan di hati. =')

Ya Allah, tautkanlah persahabatan dan hubungan ku dengan orang sekeliling till jannah..

Alhamdulillah dikelilingi teman-teman, sahabat dan KELUARGA yang sakinah. InsyaAllah...

22 September 2012



Thursday, 20 September 2012

Kotak

jauh aku merenung tajam kotak itu
menanti sesuatu yang menarik akan tiba barangkali
entah akan tiba atau pun tidak
aku sendiri tidak tahu
tapi yang pastinya aku sentiasa setia menanti
bukan aku tak tahu
dan bukan juga aku tak mengerti
aku mahu ruangan itu berfikir sejenak
jangan biarkan kotak itu kosong
kosong dan sepi
adakah itu yang sebenarnya mahu
dalam kehidupan ini
aku tidak tahu
sedari dari ruangan itu mungkin aku tidak seperti dahulu
yang hanya menurut dan mengiakan
aku bukan patung dan patung itu juga bukan seperti boneka 
yang bila mahu dipasangkan kunci
lalu berpusing lah ia mengikut rentak apa yang engkau mahu


sepi kosong sunyi
jatuh hanya pecah berderai
tidak mampu untuk bercantum semula
manakan tidak
oh tidak tidak


jika diaju dan diasak persoalan
pasti ruangan itu sepi seketika
hanya kedengaran bunyi unggas dan mungkin angin yang menderu
sini hujan dan hati ini juga hujan

setia menanti sampai bila
sampai bila
ruangan itu pasti akan menyinar kembali
itu pasti
barangkali
entah tidak pasti.....


sedih.... 

Wednesday, 19 September 2012

Okra 2

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...


Kali ini saya nak kongsi tentang pertumbuhan okra/bendi saya. Kenapa pasal bendi? sebab projek tahun akhir saya berkisar tentang penanaman bendi kerana nak tengok keberkesanan baja yang kami sendiri hasilkan. Bagaimana penghasilan baja nya, rasanya saya ada kongsi pada entry yang lepas-lepas. 

Penantian itu satu penyeksaan. Eh, tak. Ini lagu sahaja. Sejujurnya, menanti bendi tu nak tumbuh memang satu perkara yang berdebar macam nak tunggu kelahiran seorang bayi. Ibarat nya, saya ni menunggu bila baby okra ni nak tumbuh. Macam-macam dugaan dah dihadapi. 

Pokok mati dikacau oleh Mr. Siput


dikacau oleh belalang, sampai ada yang daunnya berlubang sebesar 0.50 sen. 

Bila hujan lebat sangat, pokok pun patah sebab ada antaranya yang masih lembut lagi.

Ada yang layu. 


withered


Kesian. ='(

sedih rasanya bila tengok anak-anak pokok jadi macam ni. Setiap petang pergi tengok keadaan anak pokok, siram dan buat apa yang patut. Orang kata kena cakap selalu dengan pokok. Baru dia tumbuh dengan baik. Setiap kali datang kebun saya memang selalu cakap dengan mereka. Done! 

Rasa tenang je bila ada kat kebun sebab diri sendiri merasa ketenangan. Sebenarnya mana-mana tempat kita akan rasa bahagia atau tenang jika kita sendiri berhajat untuk merasakan sebegitu. :)

Berbudi ada tanah, menuntut kesabaran dan keikhlasan. Apatah lagi pengorbanan hendak-hendaknya apabila pertama kali melakukan perkara ini dalam skala yang besar. 

Best sebenarnya berbudi pada tanah. 

bertani itu satu ibadah. Alhamdulillah. 


“ Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat.” Hadis riwayat Muslim

Masya Allah! banyak manfaatnya. InsyaAllah, lepas bendi ni tumbuh/harvest 2 dan 3 kali selepas saya dah selesai analysis. Bolehlah bendi ini diagihkan kepada makcik-makcik yang dikenali dan rakan-rakan. InsyaAllah!


Ini gambar sebelum balik (14 September 2012)


Ini pula hasilnya pada 19 September 2012. 
height of okra recorded: 14.5 cm
criteria: corn


19 September 2012
criteria: soy bean

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Benarlah orang kata, kalau kita bersabar pasti ada manisnya. Bersabar itu ada 2 tahap dan tahap pertama adalah yang sangat bagus sekali. :)

Bila kita diuji, itu bermakna Allah mengkehendaki sesuatu kebaikan kepada diri kita. Supaya kita berpeluang koreksi diri. Nampak tak di situ? 

Allah S.W.T sungguh kasih dan Maha Pengampun terhadap hambaNYA.

HambaNYA sahaja yang selalu kadang lupa. Kadang terlalai. Itu sebab hati kita diketuk dengan ujian dan dugaan supaya kita bingkas tersedar dan sedar. 

Di sini saya nak kongsi dan selitkan tentang solat sunat taubat. Sangat berguna. Jom sama-sama kita lakukannya. 


Sekian akhir kalam.

Syukran JZK

p/s: Kadang-kadang ada yang rajin baca waktu pagi. Rindu katanya. 

Assalamualaikum.








Pavlova

Assalamualaikum.

Pavlova tu apa?

Pavlova tu sebenarnya satu manisan ataupun dalam english nya desert yang berbentuk meringue dari negara Rusia. Kalau nak tahu sejarah pavlova ni, silalah google. :) Kalau kita nak cuba sesuatu resepi yang agak jarang sekali didengar, biasanya saya akan google2 apa sebenarnya makanan tu dan kalau ianya menarik saya google pula resepi nya.

Hasilnya, saya pun cari resepi dari tempat biasa saya akan rujuk kalau nak cuba memasak sesuatu yang lain dari yang lain iaitu di website http://www.tiffinbiru.com/  serius, sini website tentang resepi macam-macam ada. Sekali dengan gambar. Sekali tengok, mesti rasa macam nak cuba.

dan saya jumpa resepi pavlova dari ini http://www.tiffinbiru.com/2012/06/pavlovaohpavlova.html

Tengok best je, sekali cuba. Payah juga nak dapat base meringue yang cantik dan gebu. sob sob. Tapi tak mengapalah, percubaan pertama. Selepas ini, haruslah cuba dan cuba lagi. Walaupun base tak berapa nak jadi, ummi dan adik-adik kata sedap! (n___n)


Ini hasil-hasil meringue. Mungkin saya perlu mix lagi lama-lama sampai jadi berkilat dan lebih gebu kot baru dapat base yang cantik. 

Bahan-bahan:

4 putih telur
1 cawan gula halus (kurangkan. Ambil dalam 2/3 camca teh je)
1 camca besar tepung jagung
1 camca teh cuka makan
1 camca teh esen vanilla

Cara:
1. Putar putih telur sampai berbuih, guna kelajuan maksimum dan masukkan gula halus sedikit demi sedikit.
2. Putar sampai jadi meringue yang kilat dan kental. p/s: saya buat tu tak cukup kental dan kilat barangkali. Ini lessons :)
3. Ayak tepung jagung dan kacau rata dengan spatula
4. Masukkan esen vanilla dan cuka makan
5. Tuang atas kertas minyak dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas minyak tersebut. Bentukkan bulat sedikit dan tak perlu kemas sangat sebab lagi cantik kalau dia x bulat sangat. 

Untuk topping tu, saya beli je kat kedai non-dairy whipping cream dan lepas tu putar dan putar. Ratakan kat base dan lepas itu bolehlah hias dengan buah-buahan yang masam supaya seimbangkan rasa manis. 

sedap gitu. Cubalah! 

(n_n)


Percubaan pertama yang tak jadi. Terus tak ada mood. Cincai je hias pavlova tu. =')

Tapi lepas ni nak cuba lagi. Chaiyo!

Banyak lebih buah-buahan saya ratah je dengan cream jadilah yogurt. 


Yummy


pengajaran: Mungkin saya perlu buka 'youtube' cara-cara buat meringue yang lebih cantik dan gebu hasilnya. Saya juga perlu berusaha dan jangan mengalah!


Saya suka memasak dan bagi orang makan masakan kita sebab bila orang suka dan gembira, hati kita pun berasa senang. Kalau kurang sedap tak mengapa, boleh perbaiki lagi. kan? :)


Assalamualaikum!




Taman Botani Perdana

Assalamualaikum

Ini nak cerita tentang masa cuti sempena hari Malaysia 16 September 2012. Oleh sebab ada cuti lebih, jadi memang tak dilepaskan peluang untuk balik ke rumah. Yahoooo!!

Home Sweet Home

Dekat tak dekat, 4 jam juga dari kampus ke rumah. Tapi saya percaya, rumah adalah so sweet sebabnya di situ tempat semua orang yang sweet ada. Yang selalu setia mendengar segala suka dan duka kita. Itu sebab rumahku, syurgaku.

Jadi, saya memang suka balik rumah! boleh recharge diri bila rasa diri ini tak cukup kuat. Subhanallah!

Bila kat rumah, hilang masalah. Buku? assignment? tak ingat dah. hoho

Back to the story..Itu hari saya sempat ke Taman Botani Perdana bersama ummi, ayah dan adik bongsu. Ini gara-gara saya yang dah besar ni begitu sedih memaksa ayah cari di mana Taman Botani Perdana. Oh, dengan GPS dan sign board, alhamdulillah jumpa!

Antara saya dan adik bongsu yang terlebih teruja adalah saya sebab kat sana banyak sangat bunga.! pemandangan cantik!

Tetapi bila adik nampak ada taman permainan yang dah macam wonderland, dia yang lebih-lebih teruja! I tell u adik. hoho


fantasy planet


adik bongsu! comel!


Cantik kan bunga ni?


Subhanallah! 


Selalu tengok dalam cerita kartun, akar pokok macam ni ada mata.. hoho. Itu helah kartun je.. ;)


Beca diapit oleh bunga-bunga yang cantik. Tahniah DBKL sebab cantik dekorasinya :)


Ini namanya big children yang tanpa segan silu pergi ikut adik naik jambatan gantung yang selalunya budak-budak kecil je naik. =')

Jom tengok antara pokok/bunga yang sempat dirakam oleh lensa hp. Tak bawa kamera giant tu. Kamera hp yang tak berapa canggih ni je ado. =')









Ini pokok mas cotek



geli sikit bila tengok pokok ni.errr



antara jenis jenis pokok teratai barangkali


warna ungu harus ado..ehe






buluh kuning




siapa lah yang tak tergoda bila tengok tempat permainan macam ni? =p






Makan ais krim mesti ada. Yummy (n__n)


Akhir sekali, gambar saya bersama ibu dan ayah tersayang. Lots of love. 


Sebenarnya, bila berjalan-jalan ini, bukan saja-saja nak berjalan. Banyak dapat pengalaman sebenarnya

Dapat tengok tempat orang

Dapat tengok bunga-bunga yang cantik. Maka, ucapkanlah subhanallah! cantiknya alam, indahnya alam ciptaan Allah. Dah dapat satu pahala sebab berzikir. 

Nampak tak betapa mudahnya dapat pahala.. 

kalau masa jalan-jalan tu, nampak sampah atau halangan yang akan mendatangkan mudarat pada orang lain, alihkan. Dapat 2 pahala. Bersihkan alam dari kekotoran dan permudahkan jalan dan elakkan bahaya pada orang lain.

Dapat eratkan silaturrahim sesama keluarga dan insan...

Tapi jangan tambah dosa sebab masa jalan tu, mata mesti melilau sana sini. Nak nak bila nampak kot kot ada yang tak berkenan di hati, jangan cepat berkata yang tidak baik pada orang. Bersangka baik itu perlu. :)

Bila melihat keindahan alam, pasti menambah harga diri.

Kalau nak lihat hubungan kita dengan Allah macam mana..Orang kata;

Lihat hubungan kita dengan alam, bagaimana? macam itulah hubungan kita dengan Allah. 

Subhanallah!

jangan kita selalu melakukan kerosakan atas muka bumi dan alam sekitar semata-mata demi kepentingan  diri dan atas jangka masa pendek.

Kalau x, kita sendiri akan ditimpa musibah atas perbuatan kita sendiri. Nauzubillah. 

Allah berfirman: "Timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak rasakan mereka sebahagian daripada balasan per buatan buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (ar-Rum (30): 41).


Oleh itu, bersama-samalah kita menjaga dan menghargai alam sekitar. Sayangi alam. Jangan nanti ada satu soalan yang kita mampu katakan

Adakah tempat lain yang saya boleh pergi dan tuju?

='(


Please help save the world. Advice for me too...

InsyaAllah..


p/s: Ini gara-gara silent readers yang suruh update blog. Baca juga rupanya.

Syukran.

Assalamualaikum!







Monday, 10 September 2012

# notaungu 8



Aku punya hati
Juga punya perasaan
Kini rasanya berbaur
Antara ada rasa ataupun tidak
Manis ataupun pahit
Aku selalu berusaha untuk jadi ‘cool’
Walaupun hati ini serapuh biskut
Bukan aku tak cuba
Tetapi puas sudah aku cuba saban hari demi hari
Pengorbanan masa, wang dan tenaga
Subhanallah!
Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku diuji sebegini berat
Muhasabah diri sedalam-dalamnya
Mungkin kerana aku mampu menghadapinya
Allah lebih tahu apa yang hambaNYA tidak tahu
Sebenarnya aku memendam rasa
Rasa sedih, kecewa dan berharap
Ianya membawa harapan keluarga. Dan itu yang sebenarnya sangat penting
Aku perlukan sokongan. Bukan diri ku dibiarkan terkontang kanting di sini
Kerana aku masih berlatih, merangkak. Perlu ditunjuk ajar
Ya Allah! Hanya MU ya Allah mengetahui sejauh mana kekuatan hambaMU ini.
Aku sentiasa menggantungkan harapan pada Allah kerana ku tahu hanya pada Allah tempat bergantung satu-satunya
Aku juga perlukan sokongan keluarga, rakan-rakan dan sekeliling
Tolonglah faham…
Ya Allah, Ya Rahman ya Rahim…. Bantulah hamba ini
Alhamdulillah ku punyai teman yang sentiasa bersama….
Aku pernah menangis, geram, kecewa dan sedih
Tetapi aku selalu selalu berusaha membuat hati aku gembira
Kerana aku tahu dengan cara itu dapat membuat sekelilingku gembira
Jadi aku akan gembira juga.
Semogasegalanyadipermudahkan :’)

Jadi..aku perlu kuat. Dan engkau juga begitu.


Allah ingin berikan ku yang terbaik. Itu sebab diri ini diuji. Aku insan terpilih.

Bersyukur dan bersabar

ianya berat. Tetapi aku perlu kuat! ye. perlu!

p/s: Sekarang ni ramai cakap fizikal ku makin susut. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin terlalu banyak memendam rasa dan banyak kerja kot. ='(

doakan saya diberi kesihatan dan kelapangan...


Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN..


Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian. Tiada rasa 

kehambaan jika tiada kepasrahan. Tiada rasa 

pergantungan jika tiada kepayahan.